BTC USD 81,656.5 Gold USD 4,131.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Facebook Memperkenalkan Facebook Campus

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,796
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,796
Reaction score
7,754
Points
916
Facebook Memperkenalkan Facebook Campus – Kembali Ke Asal Dengan Memfokuskan Komunikasi Dalam Kampus Pada Era Norma Baharu;

Facebook hari ini mengumumkan ciri terbaru mereka, dinamakan sebagai Facebook Campus – dimana ia merupakan sebuah ciri rangkaian sosial yang memfokuskan untuk komunikasi dalam kampus dikalangan para pelajar.

Seperti ramai sedia maklum, Facebook memulakan penawaran perkhidmatan mereka dengan beroperasi sebagai sebuah laman sosial dalam kampus. Kini, dengan Facebook Campus, ia dilihat rangkaian sosial ini memfokuskan kembali kepada ciri yang menjadi tunjang pembangunannya suatu ketika dahulu.

Facebook Campus menghimpunkan pelajar mengikut input pada profil mereka, sekaligus memudahkan pengguna untuk kekal berkomunikasi dan mengikuti perkembangan dalam kampus dengan mudah. Sebuah garis masa khas disediakan, selain pelajar turut boleh mengikut kumpulan khas berkaitan kelas, acara dan sebagainya.

Dengan era baharu yang membuatkan pelajar berkomunikasi secara atas-talian, semestinya ciri Facebook Campus ini membantu mereka untuk kekal berhubung secara atas-talian, dan mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah.

Apa pun, buat masa ini, ciri ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat dikalangan 30 kampus sahaja. Ia tidak diketahui bilakah ciri ini akan diperluaskan ke peringkat global.

facebook-campus_01-950x870.jpg


facebook-campus_02-950x870.jpg

Sumber asal https://about.fb.com/news/2020/09/introducing-facebook-campus/
 
Back
Top
Log in Register