BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Facebook jual saham

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_03.1.jpg



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial Facebook bakal mengemukakan permohonan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.

Menurut laporan media tempatan, Facebook yang mempunyai lebih 800 juta pengguna dijadualkan mengemukakan prospektus untuk tawaran awam awal (IPO) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS seawal pagi semalam.

Berita berhubung permohonan IPO oleh Facebook didedahkan akhbar Wall Street Journal pada minggu lalu, lapor agensi berita AFP.

Menurut akhbar berkenaan, syarikat berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan sebanyak AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Namun, sasaran AS$10 bilion itu dikurangkan kepada hampir separuh dalam beberapa laporan baharu yang disiarkan kelmarin dalam akhbar The New York Times dan International Financing Review.

Namun, Facebook yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut. - Agensi
 
wahhh.. dasyat2... hehe.. tapi halal ke nak beli saham fesbuk ni?? :-?
 
fb je lebih 5 tahun dan still popular. lain2 site semua kuncup dah
 
FB berjaya sebab timing dier yg tepat & user interface yg clean & user friendly... myspace, frenster blink2 sgt tu pasal melingkup...
 
kenapa takde orang kita boleh buat macam dia?
kita kan ada cyberjaya.silikon valley malaysia.
 
1 unit saham dia bper $ la gamaknya....
 
wah aku nak jadi yang terawal membeli hahahaha :D ....

kalau sempat kekekeke
 
Jual saham cepat2 sebab takot nanti takot dikalahkan oleh mFace ac mizal :eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register