BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook bantu pembunuh ditangkap

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ROM - Seorang pembunuh upahan Mafia yang kejam dan menggelarkan dirinya sebagai Scarface akhirnya ditangkap pasukan polis Itali kelmarin selepas dia berjaya dijejaki menerusi laman perkongsian sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuh itu, Pasquale Manfredi yang berusia 33 tahun berada dalam senarai 100 orang paling dikehendaki di Itali.

Dia diburu selama setahun untuk membantu siasatan atas dua insiden pembunuhan dua samseng.

Bapa dua orang anak itu didakwa menjadi dalang pembunuhan dua samseng yang menjadi pesaingnya, Carmine Arena yang dibunuh pada Oktober 2004 dan Pasquale Tripaldi pada 2005.

Polis mendapat maklumat bahawa Manfredi merupakan peminat Facebook.

Menggunakan peralatan pemantauan elektronik yang sofistikated, pihak polis berjaya mengesan Manfredi di sebuah pangsapuri di Isola Capo Rizzuto berhampiran Crotone di selatan Itali.

Manfredi menggunakan nama Georgie dan gambar poster filem Scarface di laman Facebook.

Polis percaya dia menerima arahan berkod melalui laman tersebut selain berhubung dengan beberapa gengster lain.

Lebih 200 rakan samseng itu di Facebook kini diteliti polis bagi mengetahui sama ada mereka terlibat dengan aktiviti mafia. - Agensi
 
bagus!!

mafia skrg p0n x teliti sgt...

padan muke!
 
huhu terjerat dgn facebook penjenayah ni akhirnya..pelik2 hobi dia nie.
 
gaya ganas...dalam hati ada taman:p
hehehe...
mafia layan facebook tue...
tapi bagus pun...orng mcam nie xleh biarkan dia bebas..>:):cool:
 
Entah2 diaorang ni la yg cipta game Mafia Wars tu... ataupun peminat tegar Mafia wars!... :D:))

Padan muka...:)cgrock
 
betullah orang mengatakan kita mendedahkan identiti kita kepada fbi cia dan macam2 lagi dengan mengisi maklumat yg betul dalam facebook...

Bahaya gak menda ni coz mybe ada pihak2 lain yg menyalahgunakan identiti orang lain utk buat jenayah!...
Sekarang pn dh bnyak hackers masuk dlm fb n godam acc orang lain.. :(scam
 
Bahaya gak menda ni coz mybe ada pihak2 lain yg menyalahgunakan identiti orang lain utk buat jenayah!...
Sekarang pn dh bnyak hackers masuk dlm fb n godam acc orang lain.. :(scam
Huh nasib baik maklumat kt fb fake punya...tp kalau kt broker tak berani la aku nk fake..bnyk citer nanti..
 
Back
Top
Log in Register