BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ezam terima ugutan bunuh

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Seorang demi seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima ugutan supaya berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan parti itu dan meninggalkan kawasan Permatang Pauh menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini.

Selain bekas rakan tenis penasihat PKR, Datuk S. Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Ezam Mohd Noor juga menerima pelbagai pesanan ringkas (SMS) termasuk ugutan bunuh supaya keluar meninggalkan Permatang Pauh.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis ceramahnya di sini malam tadi, Ezam berkata, SMS sedemikian semakin meningkat dalam tempoh sehari dua ini.

“Pelbagai ugutan mula saya terima sejak saya datang ke Permatang Pauh tetapi dalam tempoh sehari dua ini, ugutan yang lebih serius termasuk ancaman bunuh terhadap saya, ibu, anak serta isteri dihantar kepada saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ugutan-ugutan itu tidak diendahkannya dan ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh. - Bernama

buktikan yang SMS tu diterima dari penyokong PKR. Polis boleh bekerjasama dengan TELCO untuk kesan SMS tu dari no mana atau cerita SMS nie sama dengan cerita kotak2 dulu habuk pun tarak
 
patutnya lama dah kena bom tu...
takder ugut-ugut dah... bom terus....
 
report la kat pak polisi. kan skrg ni semua no tel bimbit kena register. jgn nak heboh2 sekampung kena ugut bunuh dgn pkr. report kat polis kasi tangkap itu orang. Akai takde ke.. apalah nak jadi dgn ko ni ezam.
 
report polis la, bukan report kat wartawan..
 
Hek eleeeeee...apa laa penting sangat mamat tuh. Sapa laaa nak bunuh sangat dia tuh....pirrahhhhhhhhhh....


 
Back
Top
Log in Register