Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
[email protected]
2010/02/19
http://www.hmetro.com.my/articles/ENSBpasarExSmoker/Article/
EXCELIFE Network Sdn Bhd (ENSB), syarikat pengeluar produk kesihatan, terus melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan produk terbaru, ExSmoker yang dihasilkan 100 peratus menggunakan herba terpilih bagi mengurangkan ketagihan merokok.
Pengurusnya, Nurul Shamsul Mat Rejab, berkata produk ExSmoker memang direka khusus untuk perokok tegar tanpa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Katanya, produk itu sesuai diambil golongan lelaki dan wanita kerana dihasilkan melalui campuran ekstrak herba yang selamat digunakan.
“Kami tampil dengan produk ini menerusi pengalaman sendiri apabila ahli keluarga mencuba produk ini, ternyata ia berkesan untuk mengurangkan ketagihan, sekali gus membantu untuk berhenti merokok.
“Malah, kami sudah menjalankan testimoni kepada 300 perokok dan hasilnya begitu memuaskan, malah mereka turut mengesyorkan produk ExSmoker ini kepada orang lain,” katanya.
“Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh emel di
[email protected],” katanya kepada Bisnes Metro.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu risau dengan produk itu kerana sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan paling penting ia juga membantu membuang toksin dalam badan akibat daripada tabiat merokok.
ExSmoker merupakan campuran ekstrak herba yang berkhasiat dan selamat di gunakan. Ia terbukti berkesan memudahkan usaha individu yang ingin berhenti merokok dengan cara menghilangkan rasa kenikmatan serta ketagihan terhadap rokok. Produk ini sesuai di ambil oleh golongan lelaki dan wanita. Kesan ubat akan dapat dirasa selepas 15 minit pengambilan ExSmoker.
Khasiat Utama:
*Mengurangkan ketagihan untuk merokok yang dirangsangkan oleh narkotin
*Menghilangkan rasa serta kenikmatan rokok
*Mengurangkan selera makan bagi mengelakkan penambahan berat badan secara drastik apabila berhenti merokok
*Mengeluarkan toksin dalam badan melalui peluh, air kencing dan najis
*Meningkatkan tenaga dan memperbaiki kesuburan
*Menambah stamina dan menguatkan tubuh badan

Harga Runcit dipasaran: Rm180.00..Pil ini memang berkesan dan berkualiti tinggi.
