Perlawanan semalam bukanlah yang terbaik dari kedua-dua pasukan tapi biasa sebab ia final.
Majoriti masa England lebih tersusun cuma kesilapannya mereka terlalu banyak tunggu Itali melakukan kesilapan hantaran untuk melakukan serangan pantas.
Itali semakin selesa dengan bola dan keyakinan meningkat sedikit demi sedikit.
Namun hanya 2 pemain Itali yang memberi sumbangan signifikan kepada pasukan.
Federico Chiesa dan Georgio Cheillini.
Chiesa memandu Itali secara bersendirian di garisan hadapan dan Chiellini memberi kepimpinan melalui aksi di atas padang -terutamanya di garisan bawah.
Chiesa mengalami kecederaan dan ia menjadi kerisauan kepada penyokong Itali.
Apabila perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, penyokong Itali mula 2 kali risau.
Cheillini agak berusia. Dia mula kelihatan penat tetapi dia masih cuba mengekalkan tumpuan.
Chiellini tidak boleh lagi menggunakan tenaga sebagai sumber utama.
Pelbagai cara yang dilakukannya untuk memastikan pasukan kekal bersaing. Salah satunya seperti dalam gambar dibawah.
Rumusan -Everybody Loves Cheillini terutamanya peminat Itali.
- Zuraimi Zukri -