BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EURO EURO 2020-2021

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
220px-UEFA_Euro_2020_Logo.svg.png

PENAMPILAN PERLAWANAN AKHIR

West Germany + Germany - 4 + 2
Spain - 4
USSR - 4
Italy - 3
France - 3
Yugoslavia - 2
Portugal - 2
Greece - 1
Czech Republic + Czechoslovakia - 1 + 1
Denmark - 1
Netherland - 1
Belgium - 1

PASUKAN TERBAIK

Germany - 3
Spain - 3
France - 2
Czechoslovakia - 1
Denmark - 1
Greece - 1
Italy - 1
Netherlands - 1
USSR - 1
Portugal - 1

TUAN RUMAH

1960 - France
1964 - Spain
1968 - Italy
1972 - Belgium
1976 - Czechoslovakia
1980 - Italy
1984 - France
1988 - West Germany
1992 - Sweden
1996 - England
2000 - Belgium-Netherlands
2004 - Portugal
2008 - Austria-Switzerland
2012 - Poland-Ukraine
2016 - France
 
Info Dari UEFA EURO 2020

D2cqj00W0AE4vEb.jpg

Introducing your UEFA EURO 2020 Mascot Team:

🙌 𝖲killzy
🙌 @LivCookefs
🙌 @Tobiasfreestyle

#YourMove #EURO2020

kanenegland1a_1553042290.jpg


Kapten pasukan, Harry Kane. - Foto AFP​

Harapan tinggi pada England: Kane


BURTON-ON-TRENT, United Kingdom: England perlu menerima status baharu mereka sebagai salah sebuah pasukan pilihan dalam kejohanan besar, kata kapten pasukan Harry Kane.

Skuad The Three Lions memulakan kempen kelayakan Euro 2020 di laman sendiri menentang Republik Czech Jumaat ini (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) dengan reputasi sebagai pasukan yang berjaya mara ke kelompok empat terakhir Piala Dunia musim panas lalu dan satu lagi aksi separuh akhir menanti dalam saingan Liga Negara-Negara pada Jun.

“Saya fikir kami merasakan yang harapan terhadap kami semakin tinggi dan saya rasa sebelum Piala Dunia tiada harapan diletakkan ke atas kami. Ia amat baik dapat menukar persepsi itu,” kata Kane.

“Saya rasa kami menanganinya dengan baik sejak Piala Dunia. Saya rasa kami satu-satunya pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia dan berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara, dan kami antara pasukan yang berada dalam kumpulan paling sukar.

“Ia amat besar buat kami, untuk membuktikan kepada semua yang ia bukan sekadar di satu kejohanan. Pasukan ini dalam landasan ke arah sesuatu yang lebih istimewa pada masa akan datang.”

Peluang England untuk menjuarai kejohanan utama buat pertama kali sejak tahun 1968 juga tampak lebih cerah tahun depan dengan majoriti perlawanan akan berlangsung di Wembley.

Kedua-dua aksi separuh akhir dan final akan berlangsung di laman skuad England, juga dengan sekurang-kurangnya dua perlawanan peringkat kumpulan sekiranya England layak.

“Kami sedar peluang bermain di Euro di mana kebanyakan perlawanan berlangsung di laman sendiri dan ia adalah peluang terbaik, dan anda tidak akan mendapat peluang ini dengan mudah sepanjang karier anda. Kami akan memanfaatkannya sebaik mungkin,” kata pemain Tottenham Hotspur itu.


https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/03/543133/harapan-tinggi-pada-england-kane
 
Back
Top
Log in Register