BTC USD 83,055.0 Gold USD 4,145.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EURO EURO 2020-2021



⏰ RESULTS ⏰

Performance of the night was from __________

🇸🇪 Sweden qualify for EURO 2020
🇫🇮 Finland through to 1st EURO finals
🇪🇸 7 different scorers for Spain
🇩🇰 Denmark breeze past Gibraltar
🇮🇹 Acerbi, Insigne & Belotti on target

#EURO2020
 
EJn97v6W4AA_wi9


Gol Antarabangsa Ke-99 Cristiano Ronaldo Bawa Portugal Ke EURO 2020 - https://ift.tt/2XnhObH ​
 
euro2020_1574118906.jpg

​
Keputusan kelayakan Euro 2020


PARIS: Berikut adalah keputusan perlawanan kelayakan Euro 2020 yang berlangsung, awal pagi tadi.

Kumpulan D

Di Dublin

Republik Ireland 1 (Doherty, m85) Denmark 1 (Braithwaite, m73)

Di Gibraltar

Gibraltar 1 (Styche, m74) Switzerland 6 (Itten, m10/84, Vargas, m50, Fassnacht, m57, Benito, m75, Xhaka, m86)

Kumpulan F

Di Stockholm

Sweden 3 (Andersson, m29, Svanberg, m72, Guidetti, m80) Faroe Islands 0

Di Madrid

Sepanyol 5 (Fabian Ruiz, m8, Gerard Moreno, m33/43, Rus, m45+1-og, Oyarzabal, m90+2) Romania 0

DiTa' Qali, Malta

Malta 1 (Fenech, m40) Norway 2 (King, m7 Sorloth, m62)

Kumpulan J

Di Vaduz

Liechtenstein 0 Bosnia &Herzegovina 3 (Civic, m57, Hodzic, m64/72)

Di Palermo, Itali

Itali 9 (Immobile, m8/33, Zaniolo, m9/64, Barella, m29, Romagnoli, m72, Jorginho, m75-pen, Orsolini, m78 Chiesa, m81) Armenia 1 (Babayan, m79)

Di Athens

Greece 2 (Mantalos, m47, Galanopoulos, m70) Finland 1 (Pukki, m27)

- AFP


 
fabruiz_1574122463.jpg


PEMAIN Sepanyol, Fabian Ruiz (kiri) diasak pemain Romania, Ionut Nedelcearu pada aksi kelayakan Euro 2020 di Madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters

mikoya_1574122466.jpg

​
PEMAIN Sepanyol, Mikel Oyarzabal beraksi dalam perlawanan menentang Romania pada aksi kelayakan Euro 2020 di Madrid, awal pagi tadi. - Foto EPA

germor_1574122469.jpg

​
PEMAIN Sepanyol, Gerard Moreno meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Romania pada aksi kelayakan Euro 2020 di Madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters
​
Sepanyol menang bergaya


MADRID: Sepanyol melengkapkan kempen kelayakan Euro 2020 dengan kemenangan 5-0 ke atas Romania di gelanggang sendiri, awal pagi tadi di sebalik spekulasi membabitkan masa depan ketua jurulatihnya, Robert Moreno.

Media di Itali sebelum ini melaporkan bekas pengendali, Luis Enrique dijangka akan memegang semula jawatan yang sebelum ini ditinggalkan atas urusan peribadi.

Ia sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Moreno dengan beberapa laporan media menyatakan dia tidak akan mengemudi pasukannya bagi mengharungi kejohanan itu tahun depan.

Enrique melepaskan jawatannya pada Jun lalu selepas anak perempuannya, Xana menghidapi kanser dan meninggal dunia pada September.

Moreno, yang juga pembantu jurulatih Enrique tidak menghadiri sesi sidang media selepas perlawanan manakala pemain tidak dapat mengesahkan sama ada dia akan meneruskan tugasnya atau tidak.

“Pada akhirnya tiada apa yang kami boleh lakukan, kami hanya perlu fokus kepada latihan dan melakukan yang sebaik mungkin. Kami menyokong jurulatih dan stafnya,” kata penyerang, Gerard Moreno.

Pemain tengah Saul Niguez berkata: “Kami tidak mengetahui apa-apa, saya tidak boleh membuat spekulasi. Kerja Robert sudah dibuktikan di atas padang dan kami semua gembira dengannya.”

Dalam perlawanan itu, Fabian Ruiz membuka tirai jaringan buat Sepanyol pada minit kelapan sebelum Moreno menyumbat dua gol diikuti jaringan sendiri pemain Romania, Adrian Rus sebelum rehat.

Gol kelima tuan rumah dijaringkan Mikel Oyarzabal pada masa kecederaan babak kedua.

Sementara itu, jurulatih Romania, Cosmin Contra mengesahkan dia tidak akan meneruskan tugasnya selepas kontraknya berakhir pada Disember ini. - Reuters


 
19 of the 24 teams at #EURO2020 are confirmed:

🇦🇹 Austria
🇧🇪 Belgium
🇭🇷 Croatia
🇨🇿 Czech Republic
🇩🇰 Denmark
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 England
🇫🇮 Finland
🇫🇷 France
🇩🇪 Germany
🇮🇹 Italy
🇳🇱 Netherlands
🇵🇱 Poland
🇵🇹 Portugal
🇷🇺 Russia
🇪🇸 Spain
🇸🇪 Sweden
🇨🇭 Switzerland
🇹🇷 Turkey
🇺🇦 Ukraine
 
garsou_1574137798.jpg


Gareth Southgate. - Foto Reuters
​
Euro 2020 tentukan nasib Southgate


LONDON: Gareth Southgate berkata persembahan England di Euro 2020 berkemungkinan menjadi penentu sama ada dia akan terus mengemudi skuad Three Lions di Piala Dunia 2022 atau tidak.

“Ia akan banyak bergantung terhadap bagaimana persembahan kami pada musim panas depan,” kata Southgate yang akan bertandang ke Qatar bagi menilai pemainnya di Liverpool yang akan beraksi dalam saingan Piala Dunia Kelab.

“Apabila kamu memperoleh minggu yang kamu inginkan, kamu dapat rasakan yang orang mula menggemari kamu,” katanya merujuk kritikan yang diterimanya kerana menggugurkan Raheem Sterling susulan masalah disiplin.

“Jika kamu tidak lagi berminat untuk meneruskannya, ia akan mula mengganggu pasukan. Saya realistik mengenai bagaimana perkara ini boleh berubah dengan pantas.

Southgate yang mengambil alih tugas menguruskan England secara sepenuh masa pada 2016 memiliki kontrak sehingga 2022 dan dia berjaya membawa pasukannya mara ke separuh akhir Piala Dunia Russia, tahun lalu.

Selain itu, dia juga berjaya memimpin England menamatkan saingan kelayakan Euro 2020 selaku juara kumpulan yang meletakkan Three Lions selaku pasukan pilihan.

Di Euro 2020, England dijadual mengharungi perlawanan peringkat kumpulan di Wembley, yang turut akan menjadi venue kepada aksi separuh akhir dan final.

Justeru, Southgate berkata dia sedar dengan jangkaan tinggi diletakkan di bahunya..

“Kami menangani jangkaan ini dengan baik sejak 18 bulan lalu,” katanya. “Kami tidak terganggu dengannya ketika perlawanan kelayakan di mana pada sebelum ini, wujud ketegangan membabitkan prestasi dan gaya permainan.

“Mengesahkan kelayakan adalah kegembiraan yang kecil kerana saya menjangkakan kami menang perlawanan ini dan saya sentiasa melihat bagaimana untuk menjadi lebih baik. Bagi saya, ia adalah mengenai apa yang berlaku selepas ini dan saya tahu kami sentiasa akan diadili oleh kejohanan pada musim panas nanti.” - Reuters


 
marcrash_1574142179.jpg


PEMAIN England, Marcus Rashford beraksi dalam perlawanan menentang Kosovo pada aksi kelayakan Euro 2020 di Pristina. - Foto EPA
​
'Tempoh sukar' lonjak keyakinan Rashford


LONDON: Selepas meledak sembilan gol dalam 10 perlawanan terakhir bersama Manchester United dan England, Marcus Rashford berkata dia sudah melupakan permulaan sukar serta kembali yakin di depan gawang.

Penyerang berusia 22 tahun itu turut berkata prestasinya kembali melonjak selepas dia mengharungi perlawanan secara konsisten.

“Ia tempoh yang sukar tetapi kini saya bermain secara konsisten dan beraksi setiap minggu,” kata Rashford yang meledak gol dalam kedua-dua perlawanan kelayakan Euro 2020 bersama England menentang Montenegro dan Kosovo. "Sebagai penyerang ia amat penting.

“Jika kamu tidak berada dalam pasukan dan kadang-kala bermain dan kemudian tidak, sukar untuk kamu mendapat keyakinan di depan gawang.

“Tetapi apabila kamu diberi peluang untuk bermain, adalah penting untuk tampil dengan persembahan yang baik dan sebaik saja kamu melakukannya, ia akan datang secara semula jadi.”

England menjaringkan 11 gol dalam dua perlawanan kelayakan terakhir dan 37 secara keseluruhan sepanjang lapan perlawanan dan Rashford berkata penting untuk pasukan memanfaatkan kekuatan di bahagian serangan.

“Saya sudah beraksi dalam dua kejohanan dan skuad ini amat penting,” katanya. “Dengan kualiti yang dimiliki setiap pemain dalam pasukan ini, ia adalah sesuatu yang kita perlu gunakan sebagai kelebihan.” - Reuters


 
FBL-EURO-2020-QUALIFIER-BELZXCz-CYP-PRESSER_1574145719.jpg


Kapten Belgium, Eden Hazard. - Foto AFP
​
Mental Belgium kini lebih kuat - Hazard


BRUSSELS: Kapten Belgium, Eden Hazard berkata pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2018 itu kini ‘lebih kuat’ berbanding setahun lalu dan mereka sudah pun memiliki ‘mentaliti juara.’

Skuad kendalian Roberto Martinez akan menanti kunjungan Cyprus bagi aksi terakhir kelayakan Euro 2020, awal pagi ini dan sudah pun layak ke pusingan akhir selepas mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan I.

“Kami mendapat dua tahun lagi pengalaman, dua tahun lagi bersama jurulatih,” kata bintang Real Madrid itu yang meledak dua gol ketika Belgium menewaskan Russia 4-1, Sabtu lalu.

“Kami mengenali satu sama lain dengan lebih baik, kami mempunyai pemain-pemain yang muda... Saya fikir kami lebih kuat.

“Persoalannya lebih terarah kepada sudut mentaliti yang mana saya fikir kami sudah melalui evolusi. Kami sudah mula memperoleh mentaliti juara yang kami kurang miliki ketika Euro 2016 dan Piala Dunia.”

Belgium yang juga pasukan ranking nombor satu dunia dikejutkan oleh Wales di suku akhir Euro 2016 dan tewas kepada Perancis di separuh akhir Piala Dunia di Russia tahun lalu. - AFP


 
Back
Top
Log in Register