Hi A'kum semua, especially utk Lady. I'm first timer ni... So tulisan tu ada formal sikit la yek, pepaham jek la... junior, muahahah
Lady, Fyi saya pun dah join ESQ 165 di JB Angkatan ke-8. Klau jumpa maybe cam muka kot. Hubby u ada datang skali ke masa angkatan ke-8 tu? Maybe saya cam dia gak.
Hari Khamis (27/3/2008) yg lepas saya baru sahaja join Mission Statement(MS)2 di Hotel Flamingo, Ampang. Alhamdulillah... segala puji bagi Allah. Dengan izinNya, dapat saya menjejakkan kaki ke sana walaupun banyak dugaan dan cabarannya. Tetapi saya gagahkan jugak semata2 untuk lebih dekat kepadaNya, Amin.
Di MS ni kita belajar tentang Visi, Misi & Nilai. Apa Visi (arah tuju) kita,apa Misi (kelengkapan yg kita gunakan) kita & apa Nilai (keperibadian) yg perlu ada.
MS kali ini dibawa oleh Dr Ary sendiri. Bertuah saya dapat bertemu dngnya. Kagum melihatkn semangatnya yg membara memperjuangkan ESQ165 ni. May Allah bless him & all of us, amin.
Banyak sekali pengalaman manis kursus kali ni walaupun 1 hari jek. Bercakap tentang Nilai, disampaikan sebuah kisah tentang keperibadian Rasullah SAW yg begitu tinggi darjatnya yg sgt menarik pd saya. Tentang betapa baginda menurut kata hati dan tidak sedikitpun mengotori hatinya dengan perasaan marah, dendam dsb tetapi hatinya hanya diisi dengan kesucian zat Asmaul Husna Allah SWT. Kisah tentang pengemis buta Yahudi yg selalu menghina Rasullah SWT tetapi akhirnya masuk Islam kerana kagum dng peribadi Rasullah.
Kursus ni jugak mengajar kita utk membersihkan hati kita n jgn ada sifat dendam, marah, dengki dsb. Malah mendidik kita utk memaafkan org yg kita pling banci & dendam. Hati kita ni sepatutnya suci & bersih dan hanya perlu diisi dng nur zat Asmaul Husna sahaja.
Kpd alumni yg belum pergi ke MS ni, tanamkan niat, tetapkan hati dan ikhlaskan diri. Insyallah, semuga dipermudahkan dan dibukakan jalan utk ke MS di masa akan dtg.
Kpd sedara2 yg belum pegi ESQ ni, buatlah yg sama (tanamkan niat, tetapkan hati dan ikhlaskan diri). Jgn ada buruk sangka terlebih dulu. Itu sifat syaitan tu, berperasangka buruk. Klau brpeluang pegi preview, pergilah. Come with open heart & mind. Don't prejudge.
Sebelum tgk preview tu berdoa pd Allah mintak supaya dibukakan hati. Berdoa pdNya supaya sekiranya ini yg terbaik utk saudara & saudari masa ini, minta Allah permudahkanlah utk ke kursus ni. Klau rasanya belum nampak kepentingannya, x mengapa jgn paksa diri. Tp doa lagi pada Allah supaya dibukakkan jalan, dipermudahkan utk ke kursus ni di masa depan.
Yg penting ikhlas Lilla Hi Taala. Tanamkan niat yg kita hanya nak mendekatkan diri kita pada yang mencipta kita, yg menghidupkan dan yg mematikan kita kat dunia ni. Dan nak mengenalNya dng lebih dekat lagi.
Sesungguhnya percayalah, KITA SEBENARNYA SEMAKIN MELUPAKANNYA & KITA SUDAH SEMAKIN JAUH DENGANNYA.... MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.... Wassalammualaikum wbt