BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Erdogan, Anwar, perhimpunan rakyat

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg


Zaman media alternatif ini ialah zaman protes. Di sana sini orang berkumpul memprotes sasaran. Dalam kemelut ini, elok juga dibuat perbandingan antara protes di Turki dengan Malaysia.

Recep Tayyip Erdogan disebut-sebut orang sebagai kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nama Erdogan dan Anwar diperkatakan dalam rangka perjuangan, sekurang-kurangnya bagi para pengikut mereka.

Dari sudut musuh, mereka ialah penyakit hati yang perlu ditentang habis-habisan. Seterusnya, bagi peminat dan pembicara politik yang rasional, mereka berdua dikatakan politikus. Mereka disenangi oleh pembicara, kerana mereka menghasilkan isu.

Kini di Malaysia orang suka membuat perbandingan antara Anwar dengan Erdogan. Mereka berdua tentulah lebih baik jika dibandingkan dengan ahli politik lalang dan pelawak politik bermodalkan hamun.

Perjuangan Erdogan, menurut sesetengah orang ialah “...to push conservative Islamic values on the constitutionally secular nation.” (New Straits Times, 12 Jun 2013). Kelebihan beliau selaku pejuang terbukti apabila beliau menempelak Shimon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia 2009.

Sebenarnya kedudukan Anwar dan Erdogan tidak sejajar, malah terbalik. Anwar ialah pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu politikus yang menentang kerajaan, manakala Erdogan ialah pemimpin kerajaan melalui Adalet Kalkinma Partisi (AKP). Seorang penentang, manakala seorang lagi pemerintah.

Jika Anwar berjaya mengetuai kerajaan, barulah mereka berdua ada persamaan. Saya mahu menegaskan inti politik demokrasi, iaitu Erdogan ditentang rakyat kerana beliau ketua kerajaan. Alasan penentangan yang bermula Mei lalu ialah isu Taman Gezi di Istanbul.

Penentangan membesar, sehingga tiada sesiapa akan percaya bahawa isu itu ialah alasan sebenarnya. Erdogan mahu mengubah gaya hidup di negaranya. Di Malaysia kini, Datuk Seri Najib Razak juga ditentang sejumlah penunjuk perasaan.

Sejarah permainan politik sentiasa membuktikan tidak muncul tokoh politik yang diterima semua pihak. Oleh yang demikian, saya kira amatlah berguna kita mengambil sikap objektif dengan mempertimbangkan semua faktor (consider all factors).

Protes berjalan terus, baik di Turki mahupun di Malaysia. Di Turki, di luar soal Taman Gezi, hasrat Erdogan melaksanakan hukum Islam tidak disenangi sejumlah rakyat. Erdogan tentulah berpengalaman untuk menghadapi penentangan, namun kerajaannya terpaksa memilih cara yang kira-kira sama seperti dilaksanakan Malaysia.

Dapat dikatakan, cara kerajaan Malaysia dianggap betul oleh kerajaan Turki. Erdogan di Turki secara tidak langsung mengatakan bahawa cara lain tidak ada. Memang, dalam menghadapi rusuhan, cara yang terfikir oleh sejumlah pemerintah ialah penggunaan gas pemedih mata, dan penangkapan.

Jika pada masa ini Anwar menjadi perdana menteri, dan berlaku rusuhan, kita tidak dapat membayangkan beliau akan memilih cara lain. “There is a limit to my patience” dan “Those who do not respect this nation’s party in power will pay a price ”, demikian penegasan Erdogan (New Straits Times, 11 Jun 2013).

Mana-mana pemerintah pun akan berkata kira-kira begitu kepada kumpulan penentang. Tindakan polis dalam perkara ini perlu, kerana penentangan berterusan akan menuju ke arah anarkisme.

Pihak yang menentang Erdogan mahu beliau meletakkan jawatan. Mereka mengatakan Erdogan menekan wartawan. Ternyata, muncul kumpulan yang mahu menjatuhkan kerajaan tanpa melalui peti undi.

Di Malaysia pun muncul kilatan idea begitu, iaitu apabila kita mendengar suara mengatakan Negara Dunia Ketiga tidak akan berjaya menukar kerajaan melalui peti undi.
Untuk Malaysia, pandangan seperti di atas sebenarnya boleh dicabar.

Kita dapati, walaupun kerajaan Malaysia masih di bawah Barisan Nasional, kuasa undi rakyat adalah kuat. Kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tetap berada di tangan Pakatan Rakyat. Jadi, jelaslah kuasa rakyat memang kuat.

Dalam ruangan ringkas ini, elok saya simpulkan buat sementara, bahawa aneka hujah akan dibangkitkan untuk menyokong kegiatan perhimpunan menentang kerajaan. Erdogan bukan senasib dengan Anwar, tetapi senasib dengan Najib.

Pada masa ini, Erdogan bertekad mempertahankan kedudukan, dan Najib juga demikian. Mereka berdua perlu berfikir secara mendalam untuk memilih jalan terbaik menghadapi kemelut yang tampaknya berlarutan.
 
Back
Top
Log in Register