BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Epal tak laku

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Siti Nuramalina mahu ciri-ciri epal tercemar diterangkan secara terperinci kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan.
< 1 / 2 >
ALOR SETAR - Beberapa peniaga buah-buahan mengakui sejak dua hari lalu, pelanggan yang mencari epal semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

Difahamkan, situasi itu berlaku susulan pengumuman rasmi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia kerana dipercayai tercemar bakteria listeriosis.

Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan sudah melakukan pemeriksaan tahan, uji dan lepas ke atas pengimport epal jenis berkenaan di semua pintu masuk negara, selepas ia disahkan tercemar.

Menurutnya, dua pengimport epal jenis Granny Smith keluaran AS yang dikenalpasti telah diarahkan untuk ditarik balik pengedarannya dari pasaran, sementara stok yang berada di premisnya disita.


Pembeli pilih buah lain

Tinjauan Sinar Harian di gerai buah-buahan di Jalan Lencongan Barat, di sini kira-kira jam 2.00 petang semalam mendapati, rata-rata epal dijual dari jenama lain turut terkena tempias.

Berdasarkan pemerhatian selama 30 minit, kebanyakan pelanggan hanya membeli buah lain seperti nanas, pisang, betik dan mempelam sementara epal hijau dan merah di pandang sepi.

Seorang peniaga, Siti Nuramalina Sobberi, 21, berkata, pelanggan lebih berhati-hati ketika membeli epal kerana bimbang dengan berita dua jenis epal yang dicemari bakteria.

“Sebelum ini, mereka tidak kisah jenama epal dijual asal sedap itu menjadi pilihan. Bagaimanapun, sejak dua hari lalu, ramai pelanggan bertanya terlebih dahulu epal yang boleh dimakan dan mana yang merbahaya.

“Walaupun sejak dari awal kami memang tidak jual dua jenis epal itu tetapi tetap kami juga terkena tempiasnya. Jadi, kami terpaksa terangkan beberapa jenama epal dalam pasaran dan tidak semuanya dari Amerika,” katanya.


Peniaga akui permintaan kurang

Siti Nuramalina berkata, selain bentuk fizikal epal yang tidak sama, perbezaan buah-buahan itu boleh dikenalpasti melalui pelekat pada setiap buah.

“Kita minta ciri-ciri dua jenis epal itu diterangkan secara terperinci kepada orang ramai termasuk jenis pelakat yang digunakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan sehingga wujud persepsi dalam fikiran mereka semua epal ‘tidak selamat’ dimakan kerana bimbang dijangkiti bakteria,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Khairul Md Aziz, 47, berkata, dia mula menjalankan perniagaan buah-buahan sejak tiga tahun lalu dan ini kali pertama berdepan dengan situasi sedemikian.

“Memang sejak dua hari lalu, tiada pelanggan yang datang untuk membeli epal, jika mencari buah-buahan lain itu adalah juga,” katanya.

Khairul berkata, epal jenis Gala dan Granny Smith dari AS lebih banyak dijual di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung kerana pengimportnya berada di sana.

“Di Semenanjung, selalunya epal lebih banyak dijual dari Perancis, Afrika, China, dan Jepun.

“Walaupun ada juga datang dari Amerika tetapi ia dari jenis lain seperti Red Delicious manakala epal Gala ada yang berasal dari Perancis, jadi kami perlu hati-hati,” katanya.

Menurutnya, pelanggan sebenarnya mempunyai banyak pilihan kerana terdapat pelbagai jenama epal di pasaran yang terdiri dari pelbagai gred, saiz dan rasa.

“Mereka tidak perlu bimbang untuk makan epal terutamanya kepada peminat tegar buah epal kerana masih banyak epal yang selamat untuk dimakan,” katanya.

Peniaga, KT Kang, 57, berkata, operasi perniagaan berjalan seperti biasa walaupun penjualan epal sedikit berkurangan.

“Permintaan buah epal sentiasa ada, mungkin sekarang agak kurang namun pelanggan tetap mempunyai pilihan epal dari jenama lain.

“Tambahan pula pihak penguatkuasa sudah melakukan tindakan awal menarik balik penjualan epal jenis itu dari pasaran, justeru orang ramai tidak perlu risau untuk makan epal jenama lain,” katanya.


Pembeli ambil langkah awal

Sementara itu, pekerja swasta, Sharmili Man, 31, berkata, buat masa sekarang dia mengambil keputusan untuk membeli buah lain berbanding epal sehingga isu epal dijangkiti bakteria berakhir.

“Walaupun banyak epal lain berada dalam pasaran namun saya mengambil sikap untuk lebih berhati-hati dari awal,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/epal-tak-laku-1.352234
 
buat apa nak cari penyakit... makan buah lain dulu la untuk 3 bulan.
 
1-2 brand yang beracun,
abeh semua x laku..
 
kerana granny sebijik,rosak abes fuji,royal,red delicious sebelanga...

epal hijau tak sedap..so takyah makan
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register