BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enggan tetap tarikh berundur

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak akan menetapkan tarikh pengunduran beliau walaupun semua calon yang disokongnya menang pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan kerana langkah berkenaan akan menyebabkan parti itu menjadi tidak stabil.

“Saya telah sebut bahawa ini penggal saya yang terakhir tetapi saya tidak mahu menyatakan esok atau lima bulan lagi saya akan berundur kerana ini hanya menyebabkan gengster datang untuk menimbulkan kekecohan dalam parti.

“Saya tidak akan membuat apa-apa pengumuman mengejutkan pada masa sekarang dan sebarang kenyataan mengenai pengunduran hanya dibuat pada waktu yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi pusat media Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas ucapan perasmian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua pemimpin parti komponen berusaha menjadi popular di kalangan rakyat, beliau berkata, Pengerusi BN itu mempunyai hak untuk memberitahu pemimpin parti komponen lain apa yang sepatutnya dilakukan mereka.

“Semua pemimpin harus mendengar dan melaksanakan apa yang dicadangkan ini jika ia boleh dilakukan.

“Saya sendiri sebelum ini sentiasa bertemu rakyat dari pukul 9 pagi hingga 7 malam di pejabat ketika saya menjadi menteri dan pertemuan ini melibatkan 700 hingga 800 orang seminggu,” katanya.

Samy Vellu juga menolak dakwaan bahawa sokongan terhadapnya merosot apabila bilangan perwakilan yang bertepuk tangan ketika Najib berucap adalah lebih ramai berbanding ketika beliau menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden MIC.

“Ini adalah kerana Najib adalah Perdana Menteri dan kalau saya memegang jawatan sama, saya juga akan mendapatkan tepukan sekuat itu,” ujarnya.
 
mati baru letak la... kalau tak mampoih la kes MAIKA
 
Betul2... tu sebab Najib dah suruh berundur pun dia buat tak tau jer... tapi tak pe... memudahkan PR terus menawan undi kaum India
 
asal hindu ni masih sokong parti yang pijak2 tuhan dorang
dah xsayang tuhan dorang lagi ke
:-?:-?:-?
 
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak akan menetapkan tarikh pengunduran beliau walaupun semua calon yang disokongnya menang pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan kerana langkah berkenaan akan menyebabkan parti itu menjadi tidak stabil.

“Saya telah sebut bahawa ini penggal saya yang terakhir tetapi saya tidak mahu menyatakan esok atau lima bulan lagi saya akan berundur kerana ini hanya menyebabkan gengster datang untuk menimbulkan kekecohan dalam parti.

“Saya tidak akan membuat apa-apa pengumuman mengejutkan pada masa sekarang dan sebarang kenyataan mengenai pengunduran hanya dibuat pada waktu yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi pusat media Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas ucapan perasmian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua pemimpin parti komponen berusaha menjadi popular di kalangan rakyat, beliau berkata, Pengerusi BN itu mempunyai hak untuk memberitahu pemimpin parti komponen lain apa yang sepatutnya dilakukan mereka.

“Semua pemimpin harus mendengar dan melaksanakan apa yang dicadangkan ini jika ia boleh dilakukan.

“Saya sendiri sebelum ini sentiasa bertemu rakyat dari pukul 9 pagi hingga 7 malam di pejabat ketika saya menjadi menteri dan pertemuan ini melibatkan 700 hingga 800 orang seminggu,” katanya.

Samy Vellu juga menolak dakwaan bahawa sokongan terhadapnya merosot apabila bilangan perwakilan yang bertepuk tangan ketika Najib berucap adalah lebih ramai berbanding ketika beliau menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden MIC.

“Ini adalah kerana Najib adalah Perdana Menteri dan kalau saya memegang jawatan sama, saya juga akan mendapatkan tepukan sekuat itu,” ujarnya.

mmg tak boleh belah dia punya cover line.. :eek::eek:
 
hahaha aku gelak jer......biar hanco BN sampai semua india menyampah baru mic tu tggl nama jer.jijik org nak sokong.jadi malu kalau org india join mic.
 
Back
Top
Log in Register