BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enggan berpisah dengan Facebook

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



LONDON 24 Ogos - Tentera Laut Diraja Britain mengalami kesukaran untuk merekrut golongan muda di negara ini untuk menyertai unit kapal selam selepas golongan berkenaan dilapor tidak dapat menerima hakikat akan terpisah dengan media sosial seperti Facebook dalam satu tempoh yang lama.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah firma perundingan pertahanan, PA Consulting selepas melihat berlaku penularan trend yang menyaksikan kesemua sayap tentera bergelut untuk memenuhi sasaran pengambilan anggota ketika generasi media sosial menjangkakan banyak manfaat daripada majikan mereka.

Berita itu didedahkan syarikat berkenaan yang cuba membantu pasukan tentera tersebut menyelesaikan masalah kekurangan kakitangan di sebalik kempen gaji tinggi yang ditawarkan.

Malah, dalam perkhidmatan tentera laut, sebanyak 1,740 kelasi dilapor berhenti lebih awal dalam tempoh 12 bulan lalu, jumlah tertinggi jika dibandingkan dengan tentera darat dan udara.

Ketua perunding pertahanan syarikat, Nick Chaffey memberitahu Sunday Telegraph, masyarakat ketika ini bergerak lebih pantas berbanding apa yang difikirkan dalam tempoh berdekad lalu.

“Sebagai seorang kru, anda akan duduk di dalam air bagi satu tempoh yang lama dan terpisah daripada laman web termasuk Twitter yang sebenarnya menjadi satu halangan besar untuk merekrut generasi muda.

“Anda telah memutuskan antara keperluan dan mungkin fungsi kegembiraan serta jangkaan dan tuntutan pekerja yang datang dari generasi masa hadapan,’’ kata Chaffey.

Syarikat itu mendakwa, generasi muda kini menjangkakan lebih daripada majikan seperti penukaran tugas yang kerap dan melihat kepada keseimbangan kehidupan kerja yang lebih baik.

Perkara itu menurut firma berkenaan boleh menjejaskan proses merekrut tentera, kelasi, dan juruterbang yang dipercayai akan mengecilkan jumlah tentera sedia ada.

Tambah Chaffey, agak sukar untuk menarik minat generasi muda apabila mereka perlu membuat banyak perubahan drastik dalam kehidupan seharian.



Source: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/enggan-berpisah-dengan-facebook-1.128230
 
Bangla kan ramai, rekrut la bangla
 
amik la warga asing jd tentera,dulu pun pakai gurka boleh jerk.
 
Last edited:
Kena fikir bagi ada monitor khas untuk twitter ngan fb dalam kokpit.. Heheh
 
Back
Top
Log in Register