BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Unit Flat Sri Sabah Terbakar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
11.02.2024 - Beberapa rumah di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, terbakar malam ini. Difahamkan, kebakaran itu membabitkan enam rumah di tingkat 17 blok berkenaan dengan pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran. Menerusi video penstriman langsung di aplikasi TikTok dipercayai dirakam penduduk di blok bersebelahan, api didapati merebak dengan cepat. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan akan berkongsi maklumat kejadian itu nanti.

1707666913455.png

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1059868/enam-unit-flat-sri-sabah-terbakar
 
Kenderaan Penduduk Halang Jentera Bomba Hampiri Lokasi Kebakaran

12.02.2024 - Tindakan penduduk meletakkan kenderaan di bahu jalan berhampiran Flat Sri Sabah, Cheras di sini, menyukarkan pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran di Blok 70 pangsapuri itu, hari ini. Mengatasi masalah itu bantuan trak tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipanggil bagi mengeluarkan kenderaan yang menghalang sekali gus membuka laluan untuk kemasukan jentera bomba. Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran enam unit rumah di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras yang terbakar. Berdasarkan maklumat awal, kebakaran itu berlaku pada 9.30 malam tadi, yang membabitkan sekurang-kurangnya enam unit rumah.​

1707670961246.png
1707670974174.png

Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah dan tingkat lain. Setakat jam 11.30 malam, api sudah berjaya dipadamkan dan kerja ‘overhaul’ sedang berjalan. Tinjauan Harian Metro setakat 11.30 malam mendapati api sudah berjaya dipadamkan dan kerja ‘overhaul’ sedang berjalan. Difahamkan, kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/kenderaan-penduduk-halang-jentera-bomba-hampiri-lokasi-kebakaran/
 
Penduduk Dakwa Ada Orang Main Mercun Sebelum Kebakaran

12.02.2024 - Penduduk Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras di sini, mendakwa ada orang yang bermain mercun sebelum kebakaran berlaku yang menyebabkan enam unit kediaman di tingkat 17 terbakar. Nurul Adirah Mohd Roslan, 26, yang tinggal di tingkat tujuh berkata, dia sedang duduk santai di hadapan rumah bersama suami dan ibu mentuanya apabila mendengar bunyi letupan itu.

"Pada 9.15 malam tadi, ketika kami sedang lepak bersembang di luar rumah, terdengar bunyi letupan yang saya percaya ia bunyi mercun atau bunga api dari tingkat atas. Kira-kira 30 minit kemudian, keadaan jadi kecoh dan bomba pun tiba di lokasi. Kami sekeluarga bergegas turun menyelamatkan diri," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi penghuni blok itu, Reduan Md Yusof, 45, berkata, dia dan isterinya sedang bersiap untuk tidur apabila berlaku kekecohan dan jeritan jiran yang memaksa mereka berdua keluar.

"Kami berdua sahaja di rumah, tengah siap-siap untuk tidur. Dengar bunyi bising jiran, jadi kami bergegas turun. Kami terpaksa menuruni tangga dari tingkat lapan demi keselamatan," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan enam rumah di tingkat 17 blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, terbakar.
1707671077290.png
 
Back
Top
Log in Register