BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat syarikat diserbu BNM

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Empat syarikat di Cheras diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit secara haram.

Syarikat-syarikat itu adalah AK United Sdn. Bhd., Dinari Capital Sdn. Bhd., myDNA International Sdn. Bhd. dan E-Eagle Sdn. Bhd.

Bank Negara dan CCM dalam satu kenyataan berkata, keempat-empat syarikat itu diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Akta Syarikat 1965.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai yang mendakwa kesemua syarikat itu terlibat dengan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan skim pelaburan haram.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pengambilan deposit secara haram melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon atau seminar yang dikendalikan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen.

Bagi mendapatkan senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit, orang ramai boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my.
 
uiks...
seramnya aku....
BNM kembali aktif...
 
tak pnah denga pun nama company ni..
 
AK United tu dah lama dah...kalau tak silap nak masuk 3 tahun dah...baru nak serbu
 
musim BNM menuai telah kemabali...
 
stok duit noradz ngan buluhmas dah abis guna la tuu ... cari sumber baru :mad:
 
tak da orang buat aduan...macam mana depa nak serbu...

aku rasa bukan takde aduan... tapi collection co tu sikit sgt...
tu pasal tunggu 3 tahun... dah 3 tahun ni, baru berbaloi-baloi...:D:D
 
Back
Top
Log in Register