Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,764
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,764
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Empat LRA Strategik PAAB Kukuhkan Bekalan Air Kelantan Menjelang 2030
Loji rawatan Air (LRA), Bukit Chupak
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terus memperkukuh komitmennya dalam memastikan rakyat Kelantan menikmati bekalan air lebih stabil, berkualiti dan mampan menerusi empat projek Loji Rawatan Air (LRA) yang dilaksanakan secara berperingkat menjelang 2030.
Pembinaan tersebut melibatkan LRA Chicha 2, LRA Tok Bali, LRA Bukit Chupak dan LRA Machang yang menjadi antara projek utama bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat serta memperkukuh sistem bekalan air di negeri itu.
Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Azhar Hanafi berkata melalui model pembiayaan PAAB, beberapa projek utama dapat dilaksanakan dengan lebih terancang tanpa memberi tekanan terlalu besar kepada syarikat operator air negeri kerana antara cabaran dihadapi pihaknya sebelum ini ialah kekangan kewangan berikutan projek infrastruktur air memerlukan perbelanjaan tinggi serta tempoh pelaksanaan yang panjang.
"AKSB mempunyai pelan transformasi termasuk pendekatan seluruh kerajaan (whole-of-government) dengan kerjasama daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri, PAAB serta pihak berkepentingan lain untuk memastikan sistem bekalan air Kelantan menjadi lebih baik.
"Transformasi sistem bekalan air Kelantan memerlukan pelaburan sangat besar kerana ia melibatkan banyak aspek seperti pembinaan loji baharu, penggantian paip lama, pembinaan tangki simpanan dan penggunaan teknologi pemantauan lebih moden," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata peranan PAAB bukan sekadar penyedia pembiayaan, tetapi juga sebagai rakan strategik, malah pendekatan ini membolehkan AKSB memberi tumpuan kepada beberapa aspek seperti operasi, penyelenggaraan dan peningkatan kualiti perkhidmatan.
Sebelum ini, Pengerusi PAAB Datuk Seri Jaseni Maidinsa berkata sehingga Mei 2026, sebanyak RM1.63 bilion pelaburan telah diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air di Kelantan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM264.28 juta melibatkan projek yang telah siap, RM376.34 juta projek lagi dalam pembinaan, manakala RM991.41 juta pula berada pada peringkat perancangan dan reka bentuk.