BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat komando Palestin maut

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BANDAR GAZA - Tentera Israel semalam menembak mati empat komando Palestin di perairan Gaza ketika negara Yahudi berkenaan bergelut dengan kemarahan masyarakat antarabangsa berhubung serangan ke atas sebuah kapal bantuan ke Gaza pada minggu lalu.

Beberapa saksi Palestin berkata, mereka melihat tentera Israel menembak sebuah bot di perairan tengah Gaza pada pukul 4 pagi waktu tempatan.

Beberapa jam kemudian, empat mayat yang memakai sut penyelam ditarik keluar dari laut, kata sumber perubatan sambil menambah mereka merupakan anggota komando.

Tentera rejim Zionis berkata, ia telah menyerang satu skuad pengganas berpakaian sut penyelam sedang dalam perjalanan untuk melancarkan serangan.

Bagaimanapun, seorang mangsa yang terselamat, Abu al-Walid memberitahu bahawa terdapat tujuh anggota Briged Mati Syahid Al-Aqsa di atas bot berkenaan tetapi ia tidak membawa sebarang senjata.

Menurutnya, semasa kejadian mereka sedang mengadakan latihan renang.

Dua orang berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi masih hilang, tambahnya.

Keganasan terbaru Zionis itu berlaku seminggu selepas tentera laut Israel menyerbu kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan ke Gaza dengan menyebabkan sembilan orang terbunuh, kebanyakan mereka rakyat Turki.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Bidden berkata, Washington sedang mencari kaedah baru bagi menangani sekatan Israel ke atas Gaza. - AFP
 
us ni asyik cari kaedah je kerja dorang..bacul.
 
turun kan la burung ababil kasi musnahkan seluruh rejim zionis ni.
 
org2 islam dalam dunia ni banyak yg kaya.. org2 pak2 arab saudagar minyak tak nak tolong ke ..? kalau filem holywood banyak je pak2 arab kaya nak sponser
 
joe bidden dgn obama semua x bleh pkai.....semua president US same je perangai....
 
hahaha pak arab ni tak guna dah sekrg ni..
 
dlu mesir yg dok berperang ngan israel tp skrg da jadi sekutu kuat.. tutup sempadan negara dgn palestin.. belakan makanan dan ubatan tak boleh dibekalkan.. aku rase sblom dorang nk pegi serang israel dorang akan pegi mesir dlu.. sbb mesir da sekongkol dgn israel..
 
xde maknanye US nk sekat israel
 
israel bacull.. guna macam2 helah xnak sekat kroni sendiri..
kalo diorang nak buat sangat, hantar laa tentera,
aku nak tengok.. kalo 2-2 tuh bertembak sesamer sendiri.. saper yg akan tembak saper dulu.. :mad:
 
Back
Top
Log in Register