BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,190.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Cara Mengubah Takdir .

percaya pada takdir itu meyakini keagongan Allah, tiada daya & upaya sebagai makhluk
 
sungguh mendalam kata2 sedara tu,namun ilmu di sebalik benak di dada saya belum tercapai untuk diselongkar smule.....

mungkin boleh meremang bulu roma untuk huraikannye,mental sy x sekuat dulu,apetah lagi iman yg dah jauh hanyut,jiwa dh x kental untuk uraikannye.....

harap sedara dapat tlg huraikannye,saya akui fizikal dan mental sy x mampu lagi utk huraikannye.......... :">:">:">

ya mmg susha nk huraikan ngan perkaan..

ini sedikit huraian dr Ustaz Zahazan

Kalimah takdir diambil daripada kata qaddara yang antara lain bererti memberi qadar atau ukuran. Jika kita berkata: “Allah mentakdirkan”, itu bererti “Allah memberikan kadar atau ukuran atau batas tertentu dalam diri, sifat dan kemampuan makhluk-Nya.”

Segala sesuatu sama ada kecil atau besar ditetapkan oleh Allah takdir baginya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Furqan ayat 2 yang bermaksud: “(Allah) yang menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan atasnya Qadar (ketetapan) dengan sesempurnanya.” Dalam surah Yasin ayat 38, Allah SWT berfirman: “Matahari beredar di tempat peredarannya. Demikian itulah takdir/ukuran yang ditentukan oleh (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”

Peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam semesta ini, sama ada dari sudut kejadiannya, dalam kadar/ukuran tertentu, pada tempat dan waktu tertentu, itulah yang dinamakan takdir termasuk manusia. Peristiwa-peristiwa itu berada dalam pengetahuan dan ketentuan Tuhan.
Manusia mempunyai kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang diberikan Allah kepadanya. Makhluk manusia sebagai contoh tidak dapat terbang. Ini adalah suatu takdir/ukuran batas kemampuan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Manusia tidak mampu melampauinya kecuali jika dia menggunakan akalnya untuk mencipta sesuatu alat. Namun begitu, akalnya juga mempunyai ukuran/batas yang tidak mampu dilampaui. Manusia tetap berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan pun tidak terlepas dari hukum-hukum yang mempunyai kadar dan ukuran tertentu.

Hanya kerana hukum itu cukup banyak dan kita diberi kemampuan memilih, tidak seperti matahari dan bulan sebagai contoh. Maka kita dapat memilih yang mana di antara takdir atau ukuran-ukuran yang ditetapkan oleh Allah itu sesuai dengan kita. Pilihan adalah hak kita.

Sebagai contoh ketika di Syam (yang dimaksudkan dengan Syam iaitu Syria, Palestin dan sekitarnya) berlaku wabak. Umar bin al-Khattab yang ketika itu mahu berkunjung ke sana, lalu membatalkan rancangannya. Ketika itu tampil seseorang bertanya: “Apakah kamu lari dari takdir Tuhan? Umar menjawab: “Saya lari dari takdir Tuhan ke takdir-Nya yang lain.” Berjangkitnya penyakit adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan-Nya. Bila seseorang tidak menghindari daripadanya, dia akan menerima akibatnya. Akibat yang menimpa itu juga
dinamakan takdir. Bukankah Tuhan telah menganugerahkan kemampuan untuk memilih?

Syurga dan neraka adalah akibat daripada pilihan manusia masing-masing.
Bukankah Allah menegaskan dalam surah al-Balad ayat 10 yang bermaksud: “Kami telah memberikan petunjuk kepadanya (manusia) dua jalan (baik dan buruk).” Begitu juga dalam surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud: “Katakanlah, kebenaran bersumber dari Tuhanmu, maka siapakah yang ingin (beriman), silakan beriman. Dan siapakah yang ingin (kufur), silakan kufur.”

Pilihan itulah yang dinilai Allah dan atas dasarnya, Allah menetapkan balasan dan ganjaran. Allah mengetahui segala sesuatu berlaku, sama ada sebelum, sedang dan akan berlaku. Tetapi pengetahuan ini tidak ada kaitan dengan pilihan manusia. Jika seorang pelajar yang diketahui malas dan tidak akan lulus ujian, apakah pengetahuan guru itu menyebabkan ia tidak lulus? Tentu saja tidak. Begitulah pengetahuan Allah yang meliputi segala sesuatu. Demikianlah, wallahua’lam.
 
takdir boleh diubah??

mcm mane nk tahu takdir tersebut dah berubah berubah ke blum?

ade ke sape2 dlm dunia ni yg tahu sebenar-benar mengenai 'apa dan bagaimana' tentang takdir?

takdir yg berubah juga merupakan suatu takdir... berubah lagi, ia juga adalah satu takdir... berubah lagi, ia juga suatu takdir.. dan berubah lagi buat keberapa sekian kalinye tetap merupakan suatu takdir... maka semuanya tetap kekal sebagai takdir2 yg telah berlaku...

Yelah, takdir kita yg dulu tu ALLAH gantikan dgn takdir yg baru mengikut kehendakNya...
Jgn salah sangka, apa yg kita mahu bukanlah takdir, takdir adalah ketentuan Ilahi...
Jadi buatlah yg terbaik...kerana ALLAH telah berfirman bahawa DIA akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri yg mahu mengubahnya...
 
doa termasuk dalam takdir,
doa yg mengubah takdir termasuk dalam takdir,

Apa yg ditetapkan hari ini yg mendatang telah ditakdirkan..

Tp perkara mendatang(takdir mendatang)adalah rahsia Allah.. bila ia dah berlaku pada diri kita baru kita boleh mengatakan itu takdir kita.. sebagai hamba melaksanakan apa yang diperintah adalah amanah yg kita dah terima dari Allah.. Bagaimana kita boleh mengatakan itu takdir kita sedangkan perkara itu belum berlaku.. Umpama orang miskin ingin jadi kaya.. Lalu si miskin berdoa dan berusaha, klu ia tetap miskin ia dah ditakdirkan , klu ia berubah kaya ia juga telah ditakdirkan..

klu kita berusaha dan berjaya mengubah keadaan kita kepada yg lebih baik.. Maka usaha, doa, niat dan pilihan kita adalah perkara yang ditakdirkan kepada kita oleh Allah..

Takdir itu perkara rahsia, tiada siapa yang tahu ape takdirnya sesaat selepas ini tiada siapa yg boleh menjamin ape yang terjadi kepadaNya. Oleh itu minta lah yg terbaik sebab sifat manusia itu sendiri ingin yang terbaik. Ape yg kita perolehi atau kita berjaya ubah itulah yg ditakdirkan.. maka bersyukurlah kepadanya kerana telah menetapkan yg tebaik untuk kita..

kita berdoa semoga dpt berubah utk menjd yg lebih baik....kita berusaha utk menjd yg hamba Allah yg lebih baik

tp di akhir nya kita tetap xberubah..tetap kalah dgn dugaan yg membuat kita membuat dosa pd Allah..

adakah kita di takdir kan begitu?
 
kita berdoa semoga dpt berubah utk menjd yg lebih baik....kita berusaha utk menjd yg hamba Allah yg lebih baik

tp di akhir nya kita tetap xberubah..tetap kalah dgn dugaan yg membuat kita membuat dosa pd Allah..

adakah kita di takdir kan begitu?

jangan putus asa..hanya itu yang kita ada..teruskan usaha berdoa tanpa putus pegangan pada tali Allah..Pernah rasa kita salhkan takdir hingga terasa Allah dah tinggalkan kita??kekecewaan yang teramat sangat sampai kita rasa kita salahkan takdir Allah jadi begitu??Bertenang..pertolongan akan datang..Ini janji Allah..kita tak pelu kisah jika takdir itu baik atau buruk,yang pelu kita kisahkan kan kenapa Allah tak permudahkan je semua perkara..

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Jadi bertenang..Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Allah SWT berfirman:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

moga ada manfaat..
 
x smue yg kite nk kite akan dpt,x semestinye kite usaha kite akan dpt,jika dpt pn mungkin suku atau separuh,jika dpt penuh tu mmg takdir ko bernasib baik la tu,hidup di alam nyata bkn alam khayalan pari2 tu,so terpaksa la rasa FEEL di alam nyata....

jika dh doa dan usaha tp tak makbul,tak dapat kat dunia kat akhirat dpt kelak......

sbb tu usaha diiringi dgn doa dan tawakal,yg penting jgn mengeluh dan putus asa...

kau tak faham apa yang aku cakap.


takpela.
 
Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu TAKDIR
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri
 
kau tak faham apa yang aku cakap.


takpela.


mungkin sy ditakdirkan sekarang bahawa sy x fhm ape yg awk maksudkan itu,namun jika awk dapat terangkan secara lengkap,sy boleh faham dan takdir sy berubah drpd x fhm kepada faham.....

sbb ape takdir itu boleh berubah...?

ianya mudah,dengan usaha awk utk terangkan kpd sy,maka takdir tu boleh berubah kepada sy fhm..

ada sesetengah takdir yg tetap dan x boleh berubah,dan ada sesetengah takdir yg boleh berubah,contohnye mcm situasi di atas....

namun yg penting,usaha,tawakal dan jgn mengeluh serta mengalah....
 
ya mmg susha nk huraikan ngan perkaan..

ini sedikit huraian dr Ustaz Zahazan


seronok membacanye,jika sedara ada sambungannye tentu lbh indah lbh memahaminye,mudah utk sy dan forumer yg lain dpt lbh mendalaminya......

harap sedara x keberatan ~~~ :">:">
 
bahaya bercakap ilmu takdir klau ilmu di dada org yg membaca ni belum cukup tinggi..
dh byk thread bincang pasal takdir ni kn klau xsalah..
yg nk memberi tu nnt bagi la ilmu2 yg ringan2 dulu..
bagi mudah paham dulu... :D:D

anyway ni topic yg aku suka.. :)


masalahnya... yg memberi tu btul2 faham x tentang takdir? atau buat2 paham?

ape2 hal pun, huraian dari ust zahazan dari bro zuldagreat merupakan yg terbaik setakat ni...


ya mmg susha nk huraikan ngan perkaan..

ini sedikit huraian dr Ustaz Zahazan
 
Back
Top
Log in Register