BTC USD 83,589.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Cara Mengubah Takdir .

DIKISAHKAN bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dia datang dengan bentuk manusia sehingga tidak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain baginda. Pada ketika itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Semasa malaikat maut hendak pergi dia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi.

Setelah malaikat maut pergi, sahabat Nabi Sulaiman itu bertanya: "Wahai Nabiyullah, mengapa ia memandang ku seperti itu?" Jawab Nabi Sulaiman: "Ketahuilah, dia itu adalah malaikat maut".Kemudian sahabat Nabi Sulaiman itu berkata, "Wahai nabi, tiupkanlah angin dengan kencang, sehingga angin itu membawaku ke puncak negeri India, sesungguhnya aku berfirasat buruk"."Apakah engkau akan lari dari takdir jika maut akan menjemputmu?" tanya Nabi Sulaiman.

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk mencari sebab-sebabnya. Dan, aku yakin bahwa engkau akan mengkabulkan permintaanku," kata sahabat Nabi Sulaiman itu. Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada angin untuk membawanya ke tempat yang diinginkan.

Selang beberapa saat malaikat maut datang, Nabi Sulaiman bertanya: "Apa urusanmu dengan salah seorang sahabatku, mengapa engkau pandang dia seperti itu?"

Malaikat maut menjawab, "Aku memandangnya kerana tercatat didaftar kematian bahawa dia akan mati di sebuah negeri di India. Aku hairan, bagaimana dia dapat pergi ke sana sedangkan dia ada bersamamu? Kemudian, di tempat yang telah ditentukan, pada waktu yang telah digariskan aku lihat dia datang kepada aku dan aku cabut nyawanya".

Kisah di atas mengingatkan kepada kita bahawa malaikat maut akan selalu mengintai sesiapa saja yang masa perjanjiannya akan berakhir di dunia ini. Jika masa perjanjian itu berakhir maka tiada sesiapa pun dapat melarikan diri daripada maut. Allah berfirman yang bermaksud: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, maka apabila telah datang tempohnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (al-A'raaf: 34)
 
ramai orang yang tak paham dalam konsep takder berubah nie, dan aku juga pasti ramai yang tak tahu bile waktu tiba nya titik takdir berubah yg dikatakan tu.

minta laluan TT untuk aku jelaskan serba sedikit mengikut apa yang aku pelajari dan ketahui...

sememangnya dari kite lahir hingga sampai ajal kite sudah ditakdirkan jalan kehidupan kite, namun yang di katakan tentang takdie berubah nie, adalah waktu di mana kite berada di persimpangan untuk membuat pilihan, contohnya mendapat 2 tawaran tempat belajar, kalo pilih A takdir hidup kite akan ikut jalan hidup dr pilihan A tadi, kalo pilih B takdir hidup akan akan ikut pilihan B sehingga la sampai lg pada titik takdir berubah lagi di mana kite perlu membuat keputusan lagi disitu. sebab tu doa dan meminta petunjuk dari Allah diperlukan untuk kite membuat keputusan yang tepat dalam menjalani kehidupan.
 
baca balik ayat AlQuran yg aku bagi tu,baca dan baca

ye awk..pengetahuan kita terbatas..

sbb tu kita boleh tersalah pilih..

Allah maha mengtahui setiap sesuatu..

tp bg sy takdir tu xleh di ubah sbb Allah yg menetapkan apa yg terjd pd kita..

mampu ke kita mengubah apa yg dah di tetapkan oleh yg Maha Kuasa pada kita?

andai terjd perubahan..itu jgk di tetapkan Allah..
 
Qadha dan qadar adalah urusan Allah s.w.t.. Mengaitkan qadha dan qadar dengan sesuatu yang kita lakukan samada baik atau buruk memerlukan kita memahami konsep qadha dan qadar serta keupayaan berusaha yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia. Allah s.w.t. menuntut kita berusaha mendapatkan kebaikan dan kemudian bertawakal kapadaNya.

Setelah berusaha itulah baru boleh kita berserah kepada takdir dengan berharap segala usaha kita diberkati Allah s.w.t. dan takdir yang menimpa kita adalah takdir baik. Sekiranya tidak juga tercapai maksud usaha kita itu maka kajilah kembali usaha yang kita lakukan, apakah cukup atau tidak atau ada unsur lain yang menghalang maksud itu secara tidak lansung.
 
Aku berpendapat orang yang percaya takdir boleh diubah ni sebab mereka semua dah biasa didedahkan dengan ayat-ayat al quran dan hadis yang mengatakan takdir boleh diubah

Kesilapan mereka ini ialah tak mengkaji keseluruhan al quran dan hadis, sampai tak terjumpa banyak lagi ayat-ayat al quran dan hadis yang membuktikan takdir tu tak akan berubah, kerana itu namanya takdir

Dalam bahasa melayunya takdir itu maksudnya ialah ketentuan atau ketetapan. Kadang-kadang ,manusia menerima satu-satu hal sebagai kebenaran bila dah biasa dengan sesuatu benda tu. Bila datang benda baru yang mereka tak biasa tahu atau tak biasa dengar , maka dianggapnya salah

Wallahu alam
 
Kita disuruh beriman dengan Qadha dan Qadar dan mempercayai/meyakini apa sahaja perkara yang berlaku adalah dengan takdir Allah .
Kita sebagai manusai biasa tidak sunyi dari berbuat dosa dan bagaimana kita boleh kaitkan dengan Qadha dan Qadar agar kita tidak menyalahkan takdir dan dalam masa yang sama kita masih beriman dengan Qadha dan Qadar ?
 
ramai orang yang tak paham dalam konsep takder berubah nie, dan aku juga pasti ramai yang tak tahu bile waktu tiba nya titik takdir berubah yg dikatakan tu.

minta laluan TT untuk aku jelaskan serba sedikit mengikut apa yang aku pelajari dan ketahui...

sememangnya dari kite lahir hingga sampai ajal kite sudah ditakdirkan jalan kehidupan kite, namun yang di katakan tentang takdie berubah nie, adalah waktu di mana kite berada di persimpangan untuk membuat pilihan, contohnya mendapat 2 tawaran tempat belajar, kalo pilih A takdir hidup kite akan ikut jalan hidup dr pilihan A tadi, kalo pilih B takdir hidup akan akan ikut pilihan B sehingga la sampai lg pada titik takdir berubah lagi di mana kite perlu membuat keputusan lagi disitu. sebab tu doa dan meminta petunjuk dari Allah diperlukan untuk kite membuat keputusan yang tepat dalam menjalani kehidupan.

makasih kwn setuju,,,,,,:)paid
 
jd adakah takdir itu boleh di ubah?

Yup!! takdir tak boleh diubah.. Ape yg berlaku itu lah yg ditetapkan sejak azali.
Takdir itu perkara rahsia dan wajib kita beriman.. Kita tak ketahui perkara mendatang.. Apa yg kita minta dan kita dapt sebenarnya itulah yg ditakdirkan atau pun yg dirahsiakan oleh Allah kepada kita yang perkara itu adalah ditakdirkan kepada kita.. Kita hanya mengetahui setelah ia berlaku. sebagai hamba kita dah ditetapkan peraturan hidup yang diredhai Allah.. jd beramal lah dengan ape yg diredhai..
 
Back
Top
Log in Register