BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat beranak mati dibunuh

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
TAMPIN: Empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua buah rumah berasingan yang terletak di berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, petang tadi.

Mereka ialah bekas imam masjid kampung itu, Atan Daud, 90 serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22.

Seorang lagi adalah bapa Siti Khadijah yang juga menantu pasangan warga emas itu yang dikenali sebagai Ismail Awang, 76, yang ditemui dalam keadaan tanpa kepala.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, tetapi hanya diketahui selepas cucu mangsa, Siti Mariam Ismail, 18, pulang dari sekolah kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, siasatan mendapati terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri dan Sofiah putus tangan kanan, manakala Ismail putus kepalanya.

"Polis menolak motif samun dalam kes pembunuhan ini dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam ini.

Osman berkata, polis turut menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, iaitu sebilah pisau dan parang.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari seorang lelaki, iaitu cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.

Katanya, Rashidi menunggang sebuah motosikal Suzuki warna biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.

Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
 
ape kes la ni agaknye..dua2 belah kena plak tu..klo xpuas ati pun kn org tua tu
 
Inna Lillah... Pekan Gemencheh gempar dengan kes ini :o:o
 
Inna Lillah... Pekan Gemencheh gempar dengan kes ini :o:o

mesti pembunuh tu adalah org yg dikenali mangsa2 jugak....sbb siap boleh bunuh di 2 rumah yg berbeza.....dan mangsa2 ada kaitan kuarga.....:(

innalillah....kejam nyer sapa yg buat ni....
 
Back
Top
Log in Register