BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Emma Firyana kini pemain boling padang wanita nombor satu dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,167
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,167
Reaction score
346
Points
141

Emma Firyana kini pemain boling padang wanita nombor satu dunia​

3570819.webp

Emma Firyana ketika muncul sebagai juara acara perseorangan wanita pada kempen Piala Dunia 2025.

KUALA LUMPUR - Ratu boling padang negara Emma Firyana Saroji membuktikan keunggulannya apabila muncul sebagai pemain nombor satu dunia berdasarkan ranking terkini wanita yang dikeluarkan World Bowls Series pada Jumaat. 

Atlet berusia 39 tahun itu kini menduduki tangga teratas dunia dengan mengumpul 787 mata.

Pemain Australia, Jamie-Lee Worsnop berada di kedudukan kedua dengan 709 mata, manakala Cheryl Chan dari Hong Kong, China menghuni tangga ketiga selepas mengumpul 694 mata.

Sebagai rekod, Emma Firyana muncul juara acara perseorangan wanita pada kempen Piala Dunia 2025 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, November tahun lepas.

Beliau dijadual menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, dari 23 Julai hingga 2 Ogos ini. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register