BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Emkay diterajui Ahmad Khalif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ahmad Khalif Mustapha Kamal (kanan) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Emkay di Cyberjaya, semalam.​

CYBERJAYA 5 Ogos - Kumpulan Emkay (Emkay) melancarkan penjenamaan semula sejajar dengan usaha syarikat itu untuk terus berdaya saing seiring kepimpinan baharu yang kini diterajui oleh Pengarah Eksekutif, Ahmad Khalif Mustapha Kamal.

Ketua Pegawai Operasi Emkay, Mazrita Mazlan berkata, langkah penjenamaan semula berkenaan merupakan satu usaha positif pihaknya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

“Penjenamaan semula ini melibatkan perubahan logo, memperluaskan pasaran hartanah dan komersial serta gaya kerja kakitangan kami yang lebih bersifat mesra dan segar.

“Logo baharu Emkay berbentuk bulat menonjolkan warna biru dan hijau memperlihatkan hasrat kesatuan, kesempurnaan dan semangat syarikat ini untuk terus berdaya maju di saat suasana persaingan perniagaan kini yang kian mencabar,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Pengenalan Imej Korporat Emkay di sini hari ini.

Majlis itu yang dihadiri hampir 300 tetamu turut diserikan dengan kehadiran Ahmad Khalif dan Ketua Pegawai Eksekutif MKN Motor Sports Sdn. Bhd., Datuk Fazwinna Mustapha Kamal.

Ahmad Khalif, 36, dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Emkay bagi menggantikan ayahnya, Mustafa Kamal Abu Bakar selaku pengasas syarikat sejak 30 tahun lalu.

Mazrita memberitahu, selain penjenamaan semula syarikat, Emkay akan terus menembusi pasaran hartanah dengan membuka lebih banyak kawasan komersial dan perumahan di sekitar Lembah Klang.

Buat masa kini ujar beliau, pihaknya memfokuskan pasaran hartanah di Cyberjaya khususnya pembangunan hartanah Soho di sini yang bakal dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

“Kita berhasrat memperluaskan produk pasaran selain bidang hartanah, walau bagaimanapun perkara ini bergantung kepada permintaan para pelanggan sendiri.

“Jika sebelum ini Emkay melancarkan produk sahaja tanpa memenuhi kehendak pelanggan tetapi bersempena penjenamaan semula syarikat, kita perlu merancang dengan berpandukan kehendak mereka terlebih dahulu,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register