apa ke benda la kau ni...
aku tak proses processor, aku proses circuit separuh siap... tapi cerita proses processor sama je... lagi rumit sebab macam-macam logam ada dalam tu dari emas ke PGM sampai la ke logam-logam pelik.
celup processor terus dalam asid apa dapat?
setakat dapat lunturkan yang dekat pin tu dapatlah...
tapi PRO TAK PROCESS PIN PAKAI AQUA REGIA.... ada cara yang lebih efisien dan menjimatkan. Pin tu dicabut dulu pakai pliers. Semua pin tu nanti proses sekali jalan... dalam sejam dah siap tanpa libatkan Asid Nitrik. Asid Nitrik antara yang paling mahal dalam banyak-banyak asid yang diguna, dan paling berbahaya. Wap gas-gas nitrik berbahaya... dan sebatian nitrogen biasa bahaya juga sama seperti sebatian tembaga beracun untuk alam sekitar. Salahkah bersikap hati-hati?
Yang kurang tamadun sikit pecahkan pakai hammer...
aku tak tau kau ajar orang macam mana...
dah tak tau diam jela..jangan dok tuduh melulu tak baik dosa
ni bukan nak tunjuk pandai... aku dah cakap awal-awal, aku nak pastikan ini bukan ebook separuh masak, terutamanya bab safety.
Kalau awal-awal kau tunjuk screenshot separuh bab safety tu dah selesai dah pun.
Ini makin cari konflik...
aku tak cari konflik ko yang cari
Kalau kau bijak dan rasa info yang kau jual kurang dari info yang orang share di internet percuma, lebih baik kau buat pakej jual asid dan perkakasan. Buka ebook kau secara terbuka untuk semua nilaikan...
aku tak bijak..tapi ko memang bijak..

Aku pernah buat kerja ni, aku tau nak cari perkakas susah... nak cari crucible pun susah, yang mana ada jual biasa tak layan pelanggan individu. Kalau setakat crucible (mangkuk pijar) makmal sekolah tu memang tak layak guna, senang pecah nak nak kita kerja dengan benda berharga.
aku tak cakap pun guna mangkuk pijar:-?
Dan aku tak kata juga benda ni susah gila.... tak, tapi kena tahu banyak benda bukan setakat resepi.
Kalau orang kumpul processor dengan cara membeli, kemudian jumpa masalah dalam proses bagaimana? Nak bertanggungjawab?
kalau aku naik kereta exciden sapa nak tanggunjawab..:-? org yang jual keta?
Tak payah jual nama Melayu... Aku pun Melayu. Aku pun nak Melayu maju...
“Ancaman yang sebenar datang daripada golongan Melayu yang kurang percaya tentang kebolehan bahasa Melayu.
Inilah adalah keadaan yang biasa berlaku dalam kalangan bangsa-bangsa yang dijajah.” <-- Itu quotes. Dari Dr. Aminuddin Baki. Bukan aku yang karang.
la tak tau lagi ke yang dari dulu sampai sekarang memang kita dijajah....sejak dari bangku sekolah rendah dah dijajah...
Kau nak imply bahawa aku tak pernah pegang torch... dalam ebook kau ada tak tegaskan bahawa untuk melebur emas harus pakai Reducing Flame? Ada tak ajar macam mana nak kenal reducing flame dan oxidizing flame?
Ada ajar mereka mengenal kon-kon api?
Ada beri precaution supaya jaga jarak jangan sampai serbuk emas tu tersembur?
Ada ajar mereka apa flux nak pakai untuk emas?
Apa flux nak dipakai untuk perak?
Ada ajar platinum tu super tinggi takat leburnya, oxy-acetylene pun tak boleh gigit? Ada beri mereka penyelesaiannya?
Ada ajar kalau melebur perak apa precaution untuk elak perak dari teroksida? Ada beri precaution bahawa cecair sebatian perak jangan didedah kepada cahaya?
aku bukan cikgu takde kelulusan pun nak mengajar
setakat separuh-separuh tu menzalimi pembeli....