BTC USD 83,958.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

emas percuma dalam komputer

sebenarnya kos utk tarik emas ni tinggi.. kalau berkilo okey laa..tapi kalau sikit2.. tak padan.

acid + bakar + perak = masa yang panjang.
acid - memang bahaya.

aku memang tahu cara buat ni..tapi apa kata kita bagi orang yang mahir.. kita tukang jual scrap cukup.. win win
 
senang hang ckp yer...

klau umah ade 10o komp pon dah ok....
 
assalamualaikum...semua

semua sudah tahu dalam CPU?M boardlama ada emas...tapi tahukan anda macammana nak dapatkannya atau proses sehingga jadi pure gold ? saya juga pernah membeli ebook panduan emas percuma oleh the guru tapi maklumatnya tidak lengkap dan terperinci. walaubagaimana pun sy berterima kasih kepada The guru kerana daripada maklumat itulah sy mula memproses sehingga mendapat cara yang terperinci yg saya praktikan sekarang..

disini a saya ada panduan terperinci bermula A sehingga Z bermakna secara terperinci sehingga menjadi emas tulen atau 99%

panduan ini saya jual hanya RM60

apa yang anda perlukan hanyalah beberapa peralatan yang dibeli di hardware yang modalnya bawah RM120. Sesiapa berminat sila hubungi saya melalui private msg...tq.:)

info melambak kat internet

pada aku ada berpuluh ebook pasal recycle emas






Kos tinggi.... kalau berkilo tak apa jugak


Asid Hidroklorik cair (untuk basuh)
Asid Nitrik Pekat untuk larutkan logam yang didalam carta elektromotifnya Perak dan ke bawah.

Campuran Acid Nitrik dan Asid Hidroklorik pekat (aqua regia) dengan nisbah 1:3 (tapi kalau nak selamat dan jimat ada tips dia)

Sodium Metabisulfit untuk precipitate emas dari Asid Auroklorik

Stanum Chloride (Timah Klorida) boleh buat sendiri dari pita timah dan asid hidroklorik, bancuh bila nak guna saja... lama-lama hilang power. Kegunaan untuk indicator... mengesan kehadiran emas, PGM (platinum group metal)



---------------------------------------------------------






Banyak lagi.


Apakah TT ada berikan langkah-langkah keselamatan?

(contoh : jangan tambah air kat asid, tapi tambah asid ke dalam air, dan sebabnya kenapa)...

Adakah TT berikan warning seperti kalau bekerja dengan Asid Sulfurik jangan isi dalam bekas sampai penuh kerana sifat asid sulfurik pekat sifatnya "cintakan air" dan menyerap air dari persekitaran dan jika ia tumpah dengan kepekatan sekitar 80% bayangkan kecederaan yang pembeli ebook akan alami....



Bagaimana dengan bahaya dari bekerja dengan Asid Nitrik?

Adakah TT memberikan mereka amaran bahawa jika tidak berhati-hati paru-paru mereka boleh berlubang hanya dengan wasap Asid Nitrik?

Bagaimana dengan pilihan dan cara mengenal sarung tangan?

Adakah TT memberikan mereka spesifikasi ketahanan sarung tangan getah jenis Nitril, Butil, etc.? Adakah diberikan jadual getah apa untuk asid apa?

Berapa lama sarung tangan boleh dipakai sebelum harus diganti?






Apakah gas-gas yang terhasil dari tindak balas pengasingan Base Metal menggunakan Asid Nitrik?

Apakah warnanya? Bagaimana baunya? Apa yang bahaya? Apa yang tak bahaya?

Ada beri cara utnuk buat kebuk wasap makeshift?



Jika TT tak berikan langkah keselamatan (which easily takes 20-30 pages) STOP SELLING IT



Aku bukan nak sabotaj orang nak buat duit, tapi nak pastikan produk TT dibuat dengan bertanggungjawab.
 
Last edited:
Bagaimana dengan bahaya dari bekerja dengan Asid Nitrik?

Adakah TT memberikan mereka amaran bahawa jika tidak berhati-hati paru-paru mereka boleh berlubang hanya dengan wasap Asid Nitrik?

ARgg...takutnyaaa.....:o
 
Back
Top
Log in Register