BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Email]Menjemput anda menjadi pemiutang dalam HLoan

girlsilver

Legendary Member
gem
Messages
10,764
Paid Membership
Joined
Dec 1, 2009
Messages
10,764
Reaction score
202
Points
123
Aku br jer buka email ni....bc seperti kat bwh ni..

Salam,

Saya Encik Ahmad, pemilik laman web rangkaian sosial Heypy. Heypy banyak ciri-ciri menarik termasuklah kemudahan pinjaman peribadi yang dikenalai sebagai HLoan.

Tujuan saya mengutuskan surat ini adalah untuk menjemput anda menjadi pemiutang, sekaligus mewakili HLoan. saya bercadang untuk jadikan HLoan satu tempat utk membantu bumiputera mendapatkan pinjaman peribadi tanpa syarat, untuk pekerja kerajaan dan swasta serta yang kerja sendiri (untuk pinjaman peribadi sahaja). saya tidak bercadang menjadikan HLoan sebuah koperasi atau satu platform utk bantuan pinjaman perniagaan. HLoan hanya beroperasi secara online. pembayaran balik wang pinjaman adalah melalui PayPal. Untuk penetapan kadar keuntungan dan tempoh maksimum pinjaman, saya serahkan kepada anda untuk cadangkannya.

Saya mempunyai satu strategi yang unik. saya akan mengumpul seberapa banyak individu atau syarikat pinjaman peribadi yang sudi mewakili HLoan. saya yakin, semakin ramai pemiutang, semakin ramai penghutang. maksudnya, semakin ramai pemiutang dalam HLoan maka ianya akan menjadi sangat diperlukan dan dipercayai oleh penghutang.

Prosedur saya guna adalah mudah. saya simpan senarai email address pemiutang pada satu tempat. selepas ada seorang pelanggan yang berminat ingin meminjam, staf akan forward emel beliau kepada anda dan pemiutang lain. selepas pemiutang membaca emel, jika ada pemiutang yang berminat untuk membantu, bolehlah balas emel dengan segera. konsep yang saya guna adalah siapa cepat dia dapat. ianya satu konsep yang adil.

Jika ada sebarang pertanyaan, cadangan dan idea, sila hubungi saya 0139614133. terima kasih.

aku cr psl HLoan ni...aku jupe ni...
sumber...Hloan pinjaman peribadi
HLoan - Pinjaman Peribadi Tanpa Kadar Keuntungan. Bayar balik sehingga 30 Tahun

Memperkenalkan satu pinjaman peribadi yang sangat menarik. Ia satu elemen daripada HBank - Personal, Investment and Business Banking anak syarikat Heypy (laman web rangkaian sosial). HBank adalah sebuah bank bebas yang menjalankan perbankan online bertempat di Malaysia. Pinjaman peribadi ini dinamakan sebagai HLoan. Sesiapa pun boleh meminjam. CTOS, CCRIS, bangkrap, blaklist juga layak meminjam melalui HBank. Tempoh bayar balik selama 30 tahun. Kadar keuntungan adalah 4% setiap tahun. Walaupun begitu, anda akan mendapat 4% dividen kerana kami menggunakan 10% daripada jumlah pendapatan / gaji anda setiap bulan untuk pelaburan. Jadi, pinjaman HLoan seakan tiada kadar keuntungan.

Syarat dan Peraturan:

1. Mesti menjadi ahli Heypy yang berdaftar.

2. Mesti mendaftarkan 100 orang menjadi ahli Heypy.

3. 10% dari Gaji bulanan anda perlu dipindahkan ke HBank bagi tujuan pelaburan. Maksudnya, pada setiap bulan anda perlu memindahkan 10% daripada gaji anda ke HBank. Kami menggunakan sedikit darpada pendapatan / gaji anda tersebut untuk pelaburan dan anda mendapat 4% dividen setiap tahun.

Sila klik http://www.heypy.com/page/paid-membership-benefits untuk mendaftar sebagai ahli Heypy yang berbayar.

Sebarang pertanyaan sila emelkan ke [email protected]

ni web dia yg aku jumpa... heypy.com

korang rasa cmne :-?:-?:-?
 
tak elok untuk kesihatan.. diagnosis.. kemurungan jika tak dibayar.. keputusan: abaikan :D
 
Back
Top
Log in Register