BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Email larangan mengucapkan Selamat Deepavali

missdealova

Fun Poster
Messages
382
Paid Membership
Joined
Dec 9, 2005
Messages
382
Reaction score
12
Points
15
Emel Deepavali: Takaful terus berdiam diri
13-10-2006 10:02:10 PM
Oleh: SA'ODAH ELIAS
PETALING JAYA: Syarikat Takaful Malaysia mengambil sikap berdiam diri dalam isu pengedaran email melarang kakitangan syarikat berkenaan mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut Hindu.

Berhadapan kecaman pelbagai pihak, terakhir kritikan keras Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas yang mengesyorkan pemecatan penulis emel itu, syarikat berkenaan belum mengambil sebarang tindakan untuk meredakan kemarahan banyak pihak.

Bagaimanapun, melalui laman web rasminya, syarikat itu menjelaskan ia tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran emel itu kepada kalangan pengguna internet secara umum dan beberapa laman blog.

Melalui kenyataan itu, Takaful Malaysia menjelaskan bahawa emel berkenaan disediakan oleh kakitangan Jabatan Syariah di syarikat itu dengan tujuan edaran dalaman sahaja dan ia dihantar sebagai nasihat dan pandangan untuk kakitangan.

Pegawai perhubungan awam Takaful Malaysia Lokman Abdul Rahman berkata, kenyataan itu adalah pendirian rasmi syarikat berhubung isu itu.

Walaupun maksudnya kurang jelas, kenyataan itu seolah-olah cuba menidakkan bahawa emel yang tersebar luas itu mewakili pandangan rasmi syarikat.

Pada masa sama, ia juga tidak menyatakan secara telus apakah pendirian syarikat tentang emel itu.

Lokman ketika ditanya mengenai perkara itu dan sama ada tuntutan banyak pihak agar Ketua Jabatan Syariah syarikat itu yang menjadi penulis emel berkenaan, Mohd Fauzi Mustaffa dipecat dibincangkan di peringkat tertinggi syarikat berkata:

"Setakat yang saya tahu, perkara ini belum dibincangkan lagi. Bagaimanapun kenyataan dalam laman web kami merupakan pendirian rasmi syarikat."

Mohd Fauzi gagal dihubungi kerana bermesyuarat di luar syarikat.

Semalam Syed Ali ketika menggesa pemecatan Fauzi berkata tindakan tegas itu perlu kerana pegawai berkenaan tidak layak memegang jawatan itu.

Beliau juga dipetik sebagai berkata Fauzi juga harus bertaubat atas keangkuhannya itu dengan menganggap dirinya berpengetahuan untuk mengeluarkan kenyataan berpandangan sempit seperti itu.

Turut menggesa pemecatan Mohd Fauzi ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang memberikan tempoh 48 jam bagi syarikat itu berbuat demikian.

Jika syarikat itu gagal berbuat demikian, DAP akan membuat laporan agar ia disiasat di bawah Akta Hasutan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam emel yang dihantar kepada kakitangan syarikat insurans Islam itu, Mohd Fauzi berkata ucapan "Happy Durga Pooja", "Happy Lakshmi Pooja" dan "Happy Deepavali" seolah-olah mengucap selamat kepada tuhan Hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna dan ini, menurutnya, bertentangan dengan akidah Islam.

"Seluruh kakitangan adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga-tiga perayaan di atas dan lain-lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik.

"Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut Hindu seperti ketiga-tiga greetings (ucapan selamat) di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang," katanya seperti dipetik daripada emel bertarikh 3 Oktober
 
xfaham la boss...apa salahnya mengucapkan selamat deepavali? bukankah itu tandanya kita menghormati kaum lain? harap statement ni dibetulkan ya boss
 
Pergh lame tol email nie..5 tahun tuuu :o:o
 
Back
Top
Log in Register