BTC USD 85,624.5 Gold USD 4,169.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ella dedah rahsia

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,239
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,239
Reaction score
99
Points
40
elaaawebb_1637964019.jpg


Ketika ini, wang Ringgit bukanlah keutamaan, tetapi kesihatan mental dan fizikal dijadikan tunjang utama buat penyanyi Ella Aminuddin, 55.
Ella berkata, dia pernah berdepan masalah 'anxiety' dan serangan panik ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, namun bersyukur kerana ia semakin terkawal ketika ini.
Bukan saja tidak berkeyakinan untuk membuat persembahan di hadapan khalayak, tangannya turut menggeletar dan kepala kosong apabila serangan panik itu berlaku terhadap dirinya.
"Saya sudah lama berdepan dengan masalah 'anxiety', cuma keadaan semakin teruk ketika PKP. Ketika itu, pelbagai masalah timbul kerana suami isteri sering bertengkar, malah ada yang membunuh diri dan sebagainya. Semua itu membuatkan saya lebih banyak berfikir.

"Saya mengambil pendekatan untuk tidak mendengar atau membaca berita mengenai kes-kes begitu demi kesihatan mental. Jika tidak, serangan 'anxiety' akan lebih meruncing, jadi saya perlu mencari solusi.
"Hanya keluarga tahu mengenai keadaan saya ini dan atas nasihat mereka saya mendapatkan bantuan sekali gus membolehkan situasi serangan panik itu dapat saya kawal sampai ke hari ini.
"Cuma serangan itu datang semula ketika awal fasa PKP apabila sesekali secara tiba-tiba tangan saya menggigil dan otak menjadi kosong sampai tak boleh buat apa-apa," katanya.
Menurut Ella, rekod kesihatan lampaunya yang pernah menghidap 'anxiety' turut menyumbang kepada ketidakstabilan emosinya sehingga kembali diserang masalah sama.

ELLA mengaku hidap masalah anxiety kronik ketika musim PKP.


ELLA mengaku hidap masalah anxiety kronik ketika musim PKP.

Ella mendedahkan, banyak tawaran terpaksa ditolak kerana setiap kali keluar rumah, dia berasa tidak selesa, takut-takut dan tertanya-tanya sampai bila keadaan sebegitu akan berterusan.
"Selepas beberapa fasa PKP, saya memang kurang selesa keluar rumah sebab masih dibelenggu rasa risau. Tapi sampai bila mahu dihimpit perasaan takut?
"Banyak kali juga saya tolak undangan membuat persembahan, namun kini selepas mengambil sejenis makanan tambahan yang diasaskan teh hijau dan delima serta makanan tambahan lain, keadaan kesihatan dalaman saya semakin baik.

"Malah, saya juga berhasrat untuk memasarkan makanan tambahan yang dijadikan dalam bentuk tablet bagi membantu mereka di luar sana yang berdepan situasi yang sama. Dapat kurangkan atau kawal pun sudah cukup baik sebenarnya," katanya.Sementara itu, Ella turut menasihatkan orang ramai yang berdepan masalah itu supaya mendapatkan bantuan pakar bagi mengurangkan risiko serangan yang lebih teruk sehingga menjejaskan kualiti kehidupan.

"Nasihat saya kepada sesiapa yang mempunyai masalah sama, pergilah dapatkan bantuan pakar. Jangan anggap ia boleh diatasi sendiri kerana kesihatan mental bukan perkara main-main.
"Jangan malu atau rasa kita yang salah. Saya sendiri sedia membuat pengakuan terbuka sebegini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab membantu insan lain yang memerlukan bantuan yang sama," katanya.

Ella berkongsi mengenai perkembangan dirinya sepanjang musim pandemik di majlis perlantikannya sebagai duta SSG yang turut bertanggungjawab menjayakan mengadakan persembahan khas bagi program Road Tour - Rock Of Crypto di beberapa lokasi di seluruh negara.

Kata pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin ini, pelantikan berkenaan secara tidak langsung membuka peluang untuknya melepas rindu melakukan siri jelajah yang pernah dijayakan satu ketika dulu.Pembabitan dalam aktiviti sebegitu juga secara tidak langsung memberi peluang buat Ella untuk menjalani kehidupan normal dalam norma baharu.

 
Oh nak jual supplement isi berita dia
 
Back
Top
Log in Register