hasremi
Active Member
- Messages
- 1,416
- Joined
- Mar 11, 2013
- Messages
- 1,416
- Reaction score
- 46
- Points
- 30
KUCHING: Penyokong Sarawak mungkin berpeluang menyaksikan kelibat pemain kacukan Malaysia/ Sweden Junior Eldstal berdepan Chelsea pada 21 Julai ini di Stadium Shah Alam.
Ini kerana pemain itu telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya bermula hari ini hingga 11 Ogos 2013.
“Ya, beliau (Junior) telah menerima jemputan dari ketua jurulatih kebangsaan untuk menyertai sesi latihan bermula hari ini hingga 11 Ogos,” jelas Ketua Jurulatih, Robert Alberts semalam.
“Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) juga bersetuju membenarkan beliau menyertai skuad kebangsaan setelah menerima surat pengesahan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
” Menurut Alberts, beliau turut menyenaraikan penyerang dari Sabah, Bobby Gonzales namun Junior menjadi pilihan Ketua Jurulatih Kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
Katanya, pemain tinggi lampai itu menarik perhatian K Rajagobal yang mahu melihat sendiri aksi Junior semasa sesi latihan selama sebulan nanti.
Junior, 21, sebelumnya turut diminati Ketua Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.
Namun disebabkan masalah kertas kerja, usaha untuk membawa b e – liau menyertai skuad itu dibatalkan.
“Ia satu penghormatan untuk Junior dan Sarawak dan saya berharap beliau akan membuat yang terbaik.
“Saya yakin, Junior mampu pergi dengan lebih jauh kerana beliau masih muda.
Tambahan lagi, beliau mempunyai fizikal serta kemahiran yang tinggi,” jelas Alberts.
Pemain yang pernah menyertai Kelab Slimbridge, England itu mula menyarung jersi skuad Ngap Sayot sebaik pintu perpindahan pemain dibuka pada April lepas.
Sementara itu, Alberts menjelaskan Sarawak bersedia mengharungi kempen Piala Malaysia 2013 tanpa khidmat pemain pinjaman.
Bagi memantapkan persediaan ke arah itu, Sarawak akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Selangor PKNS (24 Julai), Harimau Muda B (27 Julai) dan ATM (31 Julai).
Ia juga melibatkan pertemuan dengan skuad pilihan dari Kuching yang akan belangsung pada 4 Ogos di Stadium Negeri.
Menurut Alberts, kejayaan menjulang Liga Perdana 2013 selain muncul skuad tidak terkalah semakin menebalkan keyakinannya untuk memburu kejuaraan.
Apa yang penting katanya, skuad perlu yakin dengan keupayaan sendiri dan konsisten dalam setiap perlawanan.
Sarawak akan memulakan latihan seperti biasa bermula Isnin ini di sebelah petang.
Kempen Piala Malaysia akan bermula pada 17 Ogos depan dengan menyaksikan pertembungan 16 pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana.
adalah LionsXII, Selangor, Johor Darul Takzim (JDT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kelantan, Pahang , PKNS FC, Perak, Terengganu, T-Team, Sarawak, Sime Darby, Johor dan Kedah.
Manakala dua lagi slot akan ditentukan pada perlawanan play-off melibatkan Felda United/Pos Malaysia dan Negeri Sembilan/ Sabah.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/07/11/eldstal-berdepan-chelsea/#ixzz2YhaW6nkI