BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Elango dilantik penasihat Zambry

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
IPOH - Teka-teki pelantikan Penasihat Menteri Besar Perak bagi kaum India akhirnya terjawab selepas Ketua MIC Bahagian Lumut, V Elango dipilih mengisi jawatan berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Pejabat Menteri Besar melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Bagi jawatan Pegawai Khas pula, bekas Calon BN Dun Buntong, C Sivaraj dipilih mengisi jawatan yang disediakan itu.

Pelantikan kedua-dua mereka berkuatkuasa pada 17 Jun ini.

Elango, 48, merupakan bekas seorang guru dan berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik dan memegang jawatan sebagai Pengurus Unit 1Malaysia di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

Beliau dilahirkan di Kampung Acheh, Sitiawan dan merupakan anak sulung dalam keluarga lima orang adik-beradik.

Sementara itu, Sivaraj, 37, yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula, merupakan bekas Setiausaha Agung Pemuda MIC Kebangsaan.

Beliau dilahirkan di Ipoh dan pernah berkhidmat sebagai seorang Panel Pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan untuk memberikan kedua-dua jawatan itu kepada MIC.

Bagaimanapun kedudukan jawatan itu dilihat sedikit terjejas selepas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel tampil dengan kenyataan mahu memboikot untuk tidak mengisi kedua-dua jawatan berkenaan sekiranya jawatan Speaker tidak diberikan kepada MIC.
 
Back
Top
Log in Register