BTC USD 84,018.8 Gold USD 4,153.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Elakkan Mencampur BAHAN PENCUCI

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1680975485045.jpg


Hujung minggu ini, ramai yang kemas rumah dan buat pembersihan, ingat pesanan ini…

Seorang wanita dan anak kecil dikejarkan ke jabatan kecemasan selepas mengalami gejala sesak nafas di rumah mereka.

Ibunya sudah pitam di pintu tandas akibat sesak nafas manakala anak terbatuk tanpa henti. Puncanya adalah akibat ibu telah mencampurkan bahan peluntur (bleach) dengan Bahan pencuci lain (stain remover) lalu menghasilan gas beracun.

Wanita tersebut diberikan rawatan segera dan berjaya diselamatkan. Berikut adalah kesan jika mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.

🚫 Cecair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin

Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.

🚫 Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin

Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.

🚫 Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform

Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.
.

Oleh itu sangat penting, jangan campurkan bahan pencuci terutamanya cecair peluntur dengan bahan pencuci lain.
 
Back
Top
Log in Register