BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eksperimen kebahayaan Mee Megi...

tupat

Active+ Member
Messages
3,630
Joined
Nov 5, 2010
Messages
3,630
Reaction score
74
Points
30
3518049428_e359743fca.jpg

As Salam semua...

Tadi jalan2 makan angin kat CG ni aku terjumpa membe yg komen "aku baru pas makan megi"...

so aku pun terpikir nak kongsi info yg aku taktau dah ada atau belum dalam CG ni...kalau dah ada hangpa angkat ja sepanduk :(scam na :D:D

Maksud aku yang bahaya kat sini bukan perisa MSG tu...MSG semua dah tau bahaya, tapi maksud aku kat sini mee dia saja...

maggi-mee.jpg



CUBA TRY EKSPERIMEN NI:

1. Rendam megi dalam air mcm biasa untuk kembangkan mee tu (tanpa masukkan perisa)

2. Buang mee letak tempat lain.

3. Air rendaman sisa mee tu tuang dalam mangkuk jamban.

4. Flush

5. Tengok hasilnya...susahnya air sisa tu nak turun bawah..sbb kelikatan ka, kepekatan ka, kelemakan ka aku pun x pandai bab tu...


Tapi bayangkan kalau air tu atau mee megi tersebut dalam perut kita...sure susah nak hadam kan...

Sebab tu mee megi dikaitkan dengan kanser usus.., dan kita pon dah biasa dengar mee akan tersimpan lama dalam perut kan...so pandai2 la nilai dan hadamkan dgn akal pikiran.. Selamat Beramal :"> :)cgrock




.

kkot19-135.jpg

nyamnyam

------------------------------------​

Mintak maaf semua....aku online kat ofis jer, x dapat nak follow up thread ni semalam....banyak pandangan bernas yg korg bagi aku rasa banyak betulnya...samada menyokong atau menyangkal semuanya bagus untuk kita sama2 pikir dan kaji.....

DAN....

Sori to say, Eksperimen ni aku x pernah buat punn:D:D:">:">

Sebenarnya bos kontraktor aku yg stori benda ni...masa tu kitorg lepak kedai mamak, pastu ada yg order megi...so apek tu bukala cerita cakap jangan kerap makan megi, dia pun storila eksperimen ni n bgtau ada student kat China mati sakit kanser usus sbb hari2 student tu makan megi n blablabla berkaitan megi...

So.....

Kalau apek tu scam pasal ekseperimen ni, so aku pun da terjebak :(scam:(scam lah...:((:((:((

Anyway tdi gugel2 sket, ada jmpa sket barang...jom usha :D


402563_229976610426792_100002433650771_493538_991884773_n.jpg


Air Rebusan Mee Segera Wajib Dibuang!

Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.

Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.

“Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera,” ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.

“Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang,” tegas dr Patricia.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. “Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain,” tegasnya.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.

Sumber

knp CAP tak bising ek?hahaha...
dan kenyataan daripada CAP

sekian selamat bekerja :D:D



lazimnya kalau sia mau makan mana2 mee segera ni...
sia akan rebus dahulu..... kmdn toskan mee yg telah direbus.....
air rebusan tersebut sia akan buang, dan panaskan air yg baru...
kmdn tunggu mendidih masukkan perencahnya serta mee yang telah ditoskan tadi..... :)

cara mcm ni la cara yg betul...


first redam maggi dlm air....lpstu buang air tu..ambik magi...basuh maggi 2-3 kali....untuk buang sodium silikat....
lpa tu baru masuk air panas utk dimakan:)paid:)paid

memang betul ujian yg TT cuba terangkan..cuma dari segi saintifiknya, kita x boleh buat perbandingan antara mangkuk tandas or mana2 tempat dengan dlm perut kita. sebab dalam perut kita ada enzim2 yg banyak n bermacam2 jenis..bakteria yg membantu pencernaan pun ada. so, untuk 1st step, maybe kita perlu kaji ape bahan kimia yg TT cakap likat tu..bila tahu nama bahan tu, kita boleh kaji sama ada enzim2 dlm perut kita ni dan juga bakteria2 yg berguna dlm sistem pencernaan kita ni boleh cernakan bahan ni or x..kalau terbukti xboleh, memang kita boleh buat conclusion yg makanan ni betul2 berbahaya. dan kalau bahan ni boleh dicerna, tapi mengambil masa juga, company perlu come out dgn jadual tempoh selang seseorg boleh makan megi..:p

kalau makan tiap2 hari, memang bahaya la sebab gizi kita jadi x seimbang..tu aku explain secara sains la..tapi jgn cakap plak aku ni x sokong TT n galakkan korg makan megi..aku hanya bagi pendapat aku..

p/s:aku pun xmkn megi..:))

sama ler aku, sedap wooo perisa tomyam. letak udang , letak daging sikit, lepas tue kuah dia perah sikit dengan limau sambal pergh....


hmm... kite dok denga alert sane sini... kwn2 la... media massa ape sumer... even persatuan pengguna pun dok war2kan... tapi benda tu sumer masih terjual... kenape ye? adekah krn pengguna yg x alert atau pun x ambik kesah... atau juge krn kerajaan kite pn x ambik kesah... ye la diorg tu sumer berduit... aku x rase diorg mkn bende2 camnih

Ini teori kosong jer takde fakta saintifik pasal mee.

Aku buang air rebusan megi dlm mangkuk jamban umah aku lepas tu flush cantik jer air rebusan megi tu masuk dlm lubang jamban. Siap jadik berkilat lagi mangkuk jamban aku lepas tu. Aku rasa ni mesti TT punya lubang jamban dah tersumbat dah lama tak diservis. Sebab tu air rebusan megi tu tak masuk dlm lubang jamban TT.


ada..contoh roti gardenia plus dng peanut butter etc...beli bulk lagi save...dari beli megi dapat penyakit


seriously, aku selalu dengar teori "wax"/lilin ni.

tapi apa sumber yang kata ia memang benar lilin?

wax banyak jenis wax.

bukan ke yang penting kat situ, apa pun yang dia letak, wax or what ever it is, adalah untuk elak oksidasi.

wax bukan satu-satunya benda yang boleh elak oksidasi.

dan tak juga bermakna MSG berbahaya.

begitu juga garam, tak membuktikan garam itu berbahaya dan sebaliknya.

in short, it does not prove anything.

tak membuktikan apa-apa.






coklat boleh membunuh anjing, tak bermakna coklat berbahaya kepada manusia.

air basuhan mee segera tak flushable oleh flush toilet, tak bermakna berbahaya kepada usus manusia.




aku bukan nak sokong maggi atau indomie, etc.
tak juga galakkan orang makan maggi.

cuma benda ni inconclusive kalau hanya berdasarkan eksperimen ni, sebab kaedah eksperimen tu sendiri yang void/batil.


tapi bila difikir semua makanan sekarang berbahaya bukan setakat maggi aje...sayur2an penuh dgn racun,buah2an penuh dgn salutan untuk kekal kebugarannya,makan dlm tin dgn pengawetnya, so semua ada risiko cuma cepat atau lambat aje kesannya pada manusia
 
Last edited:
Meggi...
Sedap wooo...
kena assam laksa letak telor kuning separuh masak....
perghhhh....
 
Last edited:
mee segera mmg x elok..mmg boddoh la kalau makan..sebab ada banyak lagi option yang healthy & murah
 
huhhuu xtahan wowowowowo..., stock xpenah lepas nie
 
Sedap maggi.. nak buat camno.. ketagih tahap 2...
 
aku suka makan mamee,...aku suka garam dia, cicah jari jilat...:))
 
lazimnya kalau sia mau makan mana2 mee segera ni...
sia akan rebus dahulu..... kmdn toskan mee yg telah direbus.....
air rebusan tersebut sia akan buang, dan panaskan air yg baru...
kmdn tunggu mendidih masukkan perencahnya serta mee yang telah ditoskan tadi..... :)
 
Mangsa banjir, mangsa tsunami sumer kena makan megi mee..
 
Back
Top
Log in Register