BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekonomi Jepun 'murung'

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
TOKYO 9 Nov. - Sejumlah 2.05 juta rakyat Jepun bergantung kepada bantuan kebajikan pada Julai lalu, sekali gus memecahkan rekod tertinggi sejak 60 tahun selepas Perang Dunia Kedua.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan berkata, 2.05 juta menerima faedah kebajikan pada bulan itu, memecahkan rekod purata

2.04 juta pada 1951 apabila kerajaan memulakan proses merekod data.

Pihak berkuasa kementerian itu berkata, angka terbaharu menggambarkan ekonomi Jepun yang murung dan pertambahan masyarakat yang semakin berusia.

''Jumlah mereka yang berdepan dengan masalah kewangan dan orang tua yang tidak mempunyai jaminan pekerjaan semakin meningkat,'' katanya.

Menurut kementerian itu, jumlah penerima kebajikan di Jepun telah menurun apabila negara menikmati pertumbuhan ekonomi yang baik selepas perang dengan penerima bantuan mencecah paras terendah bulanan sebanyak 882,229 orang pada 1995.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang menerima bantuan kebajikan di Jepun telah meningkat sejak kebelakangan ini bermula pada krisis ekonomi 2008. - AFP
 
Back
Top
Log in Register