BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ejen palsu minta RM10,000

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mendedahkan terdapat ejen mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi bayaran perkhidmatan menguruskan permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata, mereka yang menerima rasuah atau memberi rasuah kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau ejen bagi memproses permohonan itu akan dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN), tidak pernah melantik ejen menguruskan permohonan itu dan jika terdapat ejen yang terbabit dalam mengenakan bayaran tertentu kepada orang ramai bagi semua permohonan itu, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Saya berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit (rasuah) termasuk menyenarai hitam dan menarik balik kelulusan permohonan yang telah dibuat sekiranya ada.

“Jangan sesekali terpedaya dengan modus operandi ejen palsu ini yang hanya mengambil peluang dan kesempatan dan orang ramai diminta membuat laporan polis jika mempunyai maklumat atau telah diperdaya ejen palsu ini.

“Saya ingin menasihatkan pihak berkaitan supaya berurusan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi permohonan kewarganegaraan dan sijil kelahiran serta Jabatan imigresen bagi permohonan permit masuk,” katanya pada sidang media selepas meninjau 379 kotak berisi permohonan berkenaan di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai komitmen KDN dalam menangani isu mengenai permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, Permit Masuk, Sijil Pendaftaran Kelahiran, pekerja asing dan pendatang tanpa izin.

Hishammuddin berkata, proses permohonan kewarganegaraan yang tertangguh akan dipercepatkan dan mensasarkan segala keputusan mengenai permohonan itu dapat dibuat penghujung tahun ini, tetapi proses permohonan itu dibuat mengikut syarat yang ditetapkan.

“Kita tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan permohonan yang tidak menepati syarat kerana kita sedar akan impak dan kesan negatifnya kepada pembangunan bangsa dan negara,” katanya
 
tindakan tegas penjara seumur hidup..semua nih pengkhianat bangsa
 
aik..kantoi lak bisnes baru aku ni..:D
 
Back
Top
Log in Register