BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EDUsewa UTM Skudai

kaberete

Active Member
Messages
1,372
Joined
Aug 11, 2008
Messages
1,372
Reaction score
13
Points
30
Assalamualaikum dan Salam 1CG,

Untuk pengetahuan semua, aku ada bukak 1 kedai dekat UTM skudai. Kedai tu binik aku uruskan sbb dalam masa yang sama aku ada kerja tetap. Aku plan nak berenti kerje tp binik aku xbagi.. dia ckp biar dia je yang run bisnes ni..

Tujuan aku bukak thread ni adalah sebagai panduan buat diri aku sendiri dan motivasi untuk aku terus berjuang setelah berkali-kali tersungkur.. diharap rakan-rakan CG dapat memberikan kritikan, komen, cadangan atau memberikan semangat dan sokongan padu atas usaha aku dalam memartabatkan ekonomi agama,bangsa dan tanah air.. (fuhh mcm nak g perang plak..)

Idea bisnes ni tercetus 9 tahun yang lalu, time tu aku masih menuntut di UiTM kampus Samarahan. Masa tu aku pinjam moto kwn aku. moto EX5 tp terambik moto orang lain, biasa r EX5 ni kunci kalau dah loose suma boleh masuk.

Nak dijadikan cerita time aku balik dari merambu dengan moto siape entah, adalah nak dekat 30 org tunggu nak belasah aku sbb curik moto.. Disebabkan pengaruh aku masa tu yg agak besar dan kwn2 yg agak gila.terlepaslah aku time tu, tp mmg aku goyang gila..

Cuti semester aku cari keje kat langkawi sebagai bellman, mutiara burau bay resort.. bulan lepas aku pg tempat ni tp dah tutup haha.. dekat depan resort yg aku keje ni ada sorang pakcik menyediakan khidmat sewan motosikal kepada pelancong..

disitulah segalanya bermula.. lahirnya inspirasi utk aku memulakan industri moto sewa untuk student. setelah berhempas pulas mengabdikan diri bekerja akhirnya gaji aku melayakkan aku utk buat pinjaman.. maka pd 14 Mac 2013 lahirlah...



aku memilih UTM sebagai tapak permulaan memandang kapasiti pelajarnya sebanyak 22000 orang itu mungkin memberikan peluang untuk bisnes aku terus berkembang disamping ianya dekat dengan rumah aku..

Urusan mendapatkan lot di UTM skudai berlangsung selama 21 hari dan pada tarikh 14 April 2013, permohonan aku telah diluluskan oleh hartabina UTM.

30 hari aku gunakan untuk melengkapkan pejabat urusan aku sbb aku nak segalanya profesional, aku xnk meniaga bawah pokok, aku lantik peguam sendiri walaupun syarikat aku berdiri atas nama enterprise. kerja-kerja ubahsuai pejabat semuanya aku buat sendiri sebab nak mengurangkan kos..

akhirnya...



opis aku berjaya disiapkan pd 12 Mei 2013, dan pada 13 Mei 2013 pula...



ketibaan 10 unit pertama SUZUKI SKYDRIVE 125cc.. tujuan aku pilih SUZUKI sebab keupayaan enjinnya yang boleh dikatakan legend, walaupun sparepart agak mahal tp sumuanya alatganti tulen.. setelah melalui beberapa kajian, sekiranya motosikal ini jammed teruk, kos untuk overhaul cuma lebih kurang RM350. bagi aku sangat ekonomi..

Maka dengan rasminya khidmat aku beroperasi percuma sempena pembukaan EDUsewa Enterprise pada tarikh 14 Mei 2013.

Selain menggunakan facebook aku turut gunakan MUDAH dan MAJALAH
untuk memasarkan perkhidmatan aku.. FBadds juga tidak terkecuali..utk melengkapkan perisa aku gagahkan diri utk mengkaryakan sebuah blog..

Kulit badan pun dah hitam berjemut tampal poster dan mengedar risalah.. segala usaha telah aku lakukan dan aku didalam tempoh bertenang untuk menunggu feedback student...

Sekiranya ada student kat sini bolehlah tolong komen dan beri cadangan utk penambahbaikkan mutu perkhidmatan syarikat aku.. insyaAllah

 
Last edited:
budak2 tahun 1 nt berebut la nak sewa..nak2 yg duk kolej 14 15 16 17
 
kaler mutor kena kasi sama dan lain dari yg lain... senang nak cam...

kedai kat mana nie? kolej? SUB?
 
Back
Top
Log in Register