BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Edry Tidak Berhasrat Hasilkan Filem Ringan

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Komposer dan pengarah filem, Edry Abdul Halim tidak berminat untuk menghasilkan filem-filem ringan kerana ingin memberi fokus kepada genre yang lebih serius dalam karyanya.

Edry, 37, berkata, sebagai pengarah dia perlu mengambil risiko walaupun sedar kebanyakan penonton di negara ini masih belum bersedia untuk menerima filem sedemikian.

"Filem berbentuk hiburan ringan saya tidak beberapa minat nak buat kerana ingin memberi fokus kepada konsep dan tema yang lebih serius dalam karya saya.

"Banyak idea ingin diterjemahkan dalam sesebuah filem tetapi apa yang saya ingin buat itu bukan tahap orang hendak tengok sahaja tetapi beberapa risiko perlu diambil," jelasnya.

Dalam pada itu, Edry berkata, penonton perlu membuka minda mereka untuk menerima filem genre lain selain daripada komedi ringan yang mana penerbitannya terlalu banyak di pasaran.

"Penonton perlu membuka minda untuk menerima genre filem yang lebih daripada sekadar komedi dan perkara itu adalah antara cabaran buat pengarah seperti saya," ujarnya.

Bagaimanapun kata Edry, pendiriannya itu tidak bererti dia merendahkan penerbit atau pengarah yang membuat filem genre ringan sebaliknya ia adalah hak masing-masing.

"Perkara ini sebenarnya berbalik kepada permintaan daripada penonton yang sukakan filem sedemikian namun saya sebagai pengarah filem ingin mengubah landskap itu walaupun bukan mudah dan berpegang pada prinsip," katanya.
 
ringan buat drama jela..pg buat filem mmgla rugi xde yg tengok
 
kalau aku jadi produser,aku labur untuk filem ringan.
nak berniaga nak untung.buat filem apa penonton nak.
sejarah membuktikan filem berat banyak rugi/untung sikit.
 
belum ada pgrh yg bagus kt mesia nih wat filem berat... citer ringan pun ke laut... camne nk wat citer berat... steven spielberg pun layan citer ringan jerk sesekali jerk wat citer berat... uwie saari pun wat filem 5 tahun sekali... tuh pun fail gak...
 
belum ada pgrh yg bagus kt mesia nih wat filem berat... citer ringan pun ke laut... camne nk wat citer berat... steven spielberg pun layan citer ringan jerk sesekali jerk wat citer berat... uwie saari pun wat filem 5 tahun sekali... tuh pun fail gak...

bunohan filem berat apa...

setan pun filem berat jugak, gempak jugak.



chermin pun walaupun tema dia hantu, tapi pada aku agak-agak berat la.

malaikat di jendela pun berat.








yang paling berat sebenarnya penonton malaysia... berahi filem tak ada value.
 
Last edited:
filem ringan2 ke?
entah aku tgk filem2 malaysia tak cun dari segi effect .. mutu penceritaan takyah cite.. buat malu..

elok pertonton kan di youtube dulu sebelum masuk panggung dan baca comment orang .. jgn pikir nak buat duit tapi hasil kelaut
 
mmg bagus niat Edry nie tapi klu hasilnya mcm harem mmg bo layan la
org nk msuk panggung nengok..
 
Back
Top
Log in Register