BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Editor Playboy mungkin dipenjarakan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JAKARTA - Bekas editor majalah: Playboy: edisi Indonesia mungkin dipenjarakan sehingga dua tahun selepas pendakwa raya negara itu mempertimbangkan pelaksanakan perintah Mahkamah Agung yang dikeluarkan pada 2009.

Erwin Arnada sepatutnya dipenjarakan semalam berikutan keputusan Mahkamah Agung Indonesia yang mensabitkannya bersalah atas kesalahan berkelakuan tidak sopan secara terbuka, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Selatan, M Yusuf berkata, Erwin masih belum menyerah diri atau memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai lokasinya sekarang untuk menjalani hukuman itu.

Erwin dibicarakan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh secara terbuka pada 2007 kerana menerbitkan majalah itu tetapi mahkamah membebaskannya daripada sebarang pertuduhan.

Kumpulan konservatif Islam di Indonesia kemudian membuat rayuan kepada Mahkamah Agung Indonesia berhubung kes tersebut dan Erwin disabitkan bersalah dalam perbicaraan kedua.
 
Aku sokong. ni semua punca banyak masalah
 
Back
Top
Log in Register