Salam TT,
untuk idea pelaburan TT dengan modal 150k....pada hemat saya ada yang saya setuju dan ada beberapa yang boleh di tambah baik...
saya cuba untuk memberi komen dan beberapa idea untuk TT pertimbangkan memandangkan TT mmg dah tak mahu kembali ke arena pekerjaan...
utk pengetahuan TT, RM150k adalah agak banyak tapi akan cepat habis jika salah pelaburan...jadi basis point dalam cadangan saya seterusnya akan lebih kepada instrument konvensional, yakni yang kita boleh nampak, bukan online...serta saya cuba memberi komen sebaik mungkin supaya TT blh menikmati sumber rezeki halal sehingga lanjut usia... ( TT boleh tambah baik mengikut citarasa anda)
tapi sebelum membaca komen saya, harap TT faham bahawa saya tidak favour kepada interest based loan system...tapi semuanya terpulang kepada keputusan TT, kami2 hanya memberikan pandangan...
1) untuk Loan ASB...so far it is the best for investment tetapi jika menggunakan Easy RHB, TT jangan terperangkap dengan kadar bayaran bulanan yang rendah pada 3 tahun pertama. Ini kerana 22 tahun seterusnya TT akan menanggung kadar interest dan bayaran yang lebih tinggi. Adalah lebih baik jika TT cuba tengok MaybankASB loan dan beberapa bank2 lain yang menawarkan produk ASB loan.....tetapi, ASB loan ni kebanyakannya adalah berasaskan riba' ....jadi saya tidak boleh untuk mengulas atau rekomen produk ini dengan lebih lanjut...
2) pelaburan kereta sewa untuk student mmg menguntungkan....insyaAllah boleh mendatangkan hasil yang baik....silap2 TT boleh kembangkan lagi bisnes kepada lebih dari 2 kereta selepas ROI dari 2 kereta pertama.......Uitm,Unisel,Politeknik Shah Alam adalah antara kawasan student yang padat di area shah alam cuma saya tak berapa pasti bilangan pesaing disana. Dan kiraan revenue se eloknya jangan di ambil 30 hari. Kawan2 yang berpengalaman masa saya student dulu meletakkan target 10-15 hari sahaja hasil kutipan mereka sebulan kerana kereta sewa hanya fully booked time student baru dapat PTPTN dan hujung minggu. Dan jenis kereta pula, kancil saya tak galakkan kerana saingan tinggi dari kereta2 viva,myvi dan kelisa yang lebih cantik dan agak murah sewanya (RM6-7 sejam).
3) untuk gold bar investment, pada saya ianya satu option yang baik ...tiada halangan dari saya...jenis emas pula bergantung kepada selera pengguna...
4) haaa....bab ECMC ni yang saya kurang setuju....kerana pada pandangan kasar saya ke web "EAST CAPE MINING CORPORATION" ....ianya mirip kepada MLM atau yang setara dengannya...jadi secara jujur saya tak rekomen TT menceburkan diri ke dalam area ini sebab MLM dan mana2 yg setara dengannya mempunyai kuasa tarikan wang yg luar biasa. Maknanya ianya boleh menjuruskan kepada aliran keluar wang yang lebih banyak jika tersalah langkah. Bukan saya menghalang TT dari masuk ECMC ni...cuma sebolehnya di elakkan.....(saya pro kepada pandangan Ustaz Zaharuddin tentang pandangan beliau terhadap MLM dan skim2 pelaburan di internet)
5)bab kereta, saya tak boleh nak komen lanjut sebab saya kurang berminat pada high performance car. Untuk mengurangkan aliran wang keluar, better ambil Prius/Insight (premium budget), vios (high budget), Myvi (medium budget) atau Viva (low budget) kerana 5 kereta ni adalah well known for their best fuel consumption dan juga low maintenance cost.(prius/insight no komen,huhu)
6)bab trade gold pula saya tak mahir dalam bab ni, jadi saya bagi peluang pada forumner2 lain bagi pandangan.
7) baki duit TT....
saya cadangkan beberapa alternatif (pilih yang mana berkenan)
a) TT boleh beli saham koperasi Bank Rakyat yang mana dividen nya antara 11%-17% setahun (lebih tinggi dari ASB)...tapi ada limit untuk orang awam...belian permulaan hanya rm500...untuk lot seterusnya kene mohon dengan bank rakyat, isi borang kat kaunter bank...
b) TT boleh masuk dalam Islamic Fixed deposit account. Yang ni dividen tak banyak, dalam 3-6% je setahun.
c) atapun, macam kata beberapa forumner, TT boleh berbakti pada tanah...jangan invest banyak2 dulu sebab wang sangat berharga....spent dalam 1-2k dulu modal untuk buat pilot project, contohnya cili....cuba tanam dan test market cili kat area TT tanam cili tu....kalau permintaan banyak baru TT tambah keluasan tanaman....jangan risau, tanah tu TT punya so tak perlu kalut nak risau kos sewa tanah....biar je kosong dulu...
tips paling penting nak jimat cash flow utk projek pertanian. Jangan expand tanaman cili guna duit sendiri....cuba expand guna duit untung dari jualan cili 1st cycle....sikit2 lama2 jadi bukit TT....letak max 1 ekar je utk cili...balance 6 ekar set utk tanaman lain pula
c) jika cili dah berjaya, TT boleh move on to beberapa lagi projek tanaman (ulam2, keladi, pisang,tembikai etc)....guna kaedah yang sama, letak modal 1k dulu utk pilot projek dan cuba kembang sikit2.....sebab utama ialah nak test market....
dalam penanaman ni, cabaran utama ialah masa....sebab mmg leceh nak buat sikit2, rasa lagi best terus dump duit buat ladang besar terus.....tapi TT perlu jaga betul2 cash flow TT...sebab nanti kalau salah perkiraan.....kemungkinan besar TT terpaksa kembali ke alam pekerjaan (sebab 150k dah abes)...
d) jika ada duit yang betul2 extra...cuba intai2 projek tanaman sawit....projek ni makan modal besar....pulangan pula agak lambat (3tahun lepas tanam)....tapi pulangan dia pun agak lumayan...cuma kalau nak sedap...usahakan tanah 15 ekar ke atas....
e) last sekali....tawakkal....serta cuba amalkan beberapa doa dan amalan untuk murah rezeki ( 1,000 dinar, ayat hikal etc)....sebab rezeki ni sume datang dari Allah....
wish you all the best.....
bacaan ni di hadiahkan kepada semua warga CG juga....