ezeynet
Super Active Member
- Messages
- 8,839
- Joined
- Mar 11, 2009
- Messages
- 8,839
- Reaction score
- 4
- Points
- 65
kalau tutup ko nak kasi makan apa kat pekerja2 proton.. aduih jangan piki singkat sgt
boleh pakai tak ayat ko untuk kilang arak?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
kalau tutup ko nak kasi makan apa kat pekerja2 proton.. aduih jangan piki singkat sgt
dalam perniagaan 2 pekara sahaja yg perlu diambil berat! untung dan rugi! klu perniagaan itu hanya mengalami kerugian jawapan dia adalah tutup! klu perniagaan boleh berkembang dan memberi keuntungan setiap tahun maka jawapannya teruskan usaha itu ja!!!! bab2 staff nih no2 syarikat adalah no1.Proton ditubuhkan atau diwujudkan tujuan utama bukan nak sara dan bg makan staff dia ,matlamat proton ialah menjana keuntungan,tp klu mengkut pandangan ko seolah olah penubuhan proton nih adalah semata mata nk bg makan staff dia bukan tujuan nak mencari atau menjana keuntungan)
ya btol tu bro, mereka ni kena amik course study baru nampak...proton duk running jgk walaupun rugi sbb nak jaga syarikat kroni...mcm tak tau malaysia ni... semua kroni je... alih2 kita rakyat marhean ni jgk yg kena...![]()
ko pon jgnlah pikir lagi singkat..
kalau proton tutp, tak bermakna rakyata malaysia tidak akan pakai kereta
akan pakai juga kan?..maka pusat jualan dan pusat servis pon kena bertambah .. maka adalah peluang kerja kt situ..
Butalah satu kilang OEM yg dapat supply kepada semua jenama kereta di Malaysia..
banyak lagi lah sebenarnya..jgln lah disempitkan dengan quote "kalau kilang proton tutup, nak makan aper?"...:-?


![]()
Kalau sebelum ini, Proton (Proton Holdings Berhad) pernah bekerjasama dengan Mitsubishi di awal kemunculannya dahulu, dan kerjasama tersebut terhenti sekejap sebelum Proton menyambungnya kembali sehingga lahirnya model Proton Inspira yang diasaskan daripada model Lancer GT pada penghujung 2010. Tetapi…
Tetapi…..Kerjasama Proton dengan Mitsubishi tidak boleh terus disamakan dengan apa yang dilaporkan dikebanyakan berita baru-baru di mana akan berlakunya kerjasama antara Proton dan Honda. Hakikatnya, Mitsubishi hanyalah “small player” yang mana mereka belum ada tapak di Malaysia. Pengikut & pelanggan mereka mungkin ada tetapi tidak segah Honda & Toyota di Malaysia. Itu sebablah lahir kerjasama Mitsubishi dengan Proton, sekurang-kurangnya mereka dapat “sesuatu” apabila bekerjasama dengan pembuat kereta tempatan seperti Proton.
Kuala Lumpur: Gergasi automotif Jepun, Honda Motor Co. Ltd (Honda Motor) dipilih DRB-Hicom Bhd sebagai rakan strategik asing untuk anak syarikatnya, Proton Holdings Bhd.
DRB-Hicom, dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, satu Perjanjian Kerjasama membabitkan Proton Holdings dan Honda Motor sudah dimeterai. Konglomerat itu berkata, perjanjian berkenaan membolehkan Proton Holdings dan Honda Motor meneroka peluang kerjasama dalam empat bidang utama dalam industri automotif, iaitu peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan juga kemudahan pengeluaran.
Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing akan memberi kelebihan kepada Proton Holdings serta Kumpulan DRB-HICOM dengan potensi untuk berkembang sebagai pengeluar peralatan tulen (OEM).
Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada Proton Holdings dan Kumpulan DRB-Hicom untuk jangka panjang, katanya. DRB-Hicom berkata, perjanjian kerjasama berkenaan akan berkuat kuasa sehinggalah tertubuhnya pelaksanaan Perjanjian Muktamad.
Senario yang berlaku antara Mitsubishi-Proton sememangnya tidak sama dengan apa yang diwar-warkan baru-baru ini melibatkan apa yang dikatakan kerjasama rakan strategik antara Proton-Honda. Persoalannya di sini…
Mahukah Honda berkongsi platform dengan “small player” ataupun ikan kecil dalam industri automotif seperti Proton?
Jikalau sama-sama “big player”, semestinya banyak untung yang diperolehi oleh kedua-dua pihak baik Honda mahupun “ikan jerung” yang satu lagi disebabkan mampu hasilkan model untuk skala yang besar ke seluruh dunia.
Jadi apa yang Honda dapat daripada Proton sebenarnya?
Ya…benar. Untuk buat & hasilkan kereta Honda mereka, agak logik untuk JV dengan DRB bagi menggunapakai kemudahan di Tanjung Malim. Tetapi untuk JV dengan Proton, buat model baru dengan platform Honda Accord contohnya……..untuk apa Honda buat begitu? Tiada untung pun. Syarikat besar seperti Honda lebih mengutamakan pengeluaran secara besar-besaran, tiada “scale model” yang kecil untuk “niche market” seperti Malaysia.
Satu lagi, HONDA MALAYSIA tiada sebab pun untuk rebadge Honda Accord mereka contohnya.
Hakikatnya, Honda tidak pernah rebadge kereta mereka kerana Honda (mengikut sejarah) tidak akan rebadge model mereka dan letak lambang Proton contohnya.
Honda dikenali sangat kedekut untuk “transfer knowledge”
Kalau sudah bekerjasama dengan Honda, tetapi buat kereta Honda, di mana peranan Proton sebagai pembuat keretanya terutamanya dalam kerjasama ini?
Kami pasti dan yakin ramai yang teruja dengan pengumuman ini. Oleh itu, kita ketepikan seketika pengumuman daripada laporan akhbar mengenai hubungan kerjasama strategik ini. Mereka boleh umum “bulan dan bintang” tetapi kita mesti bersandarkan kepada fakta di mana :
Kami lebih suka bercakap berdasarkan kajian dan realiti …
Kami rasa kebanyakannya tahu bagaimana Honda buat bisnes di seluruh dunia, di mana mereka mampu membuat pengeluaran kereta yang jauh lebih besar ke seluruh dunia, jauh lebih besar daripada Proton.
Oleh itu, berikan satu contoh HONDA pernah “joint venture (JV)” dengan “small player” bagi menghasilkan bilangan pengeluaran yang kecil dan rendah?
Ada atau tiada?
Buat apa, Honda nak besarkan kilang mereka di Melaka. Lebih baik, mereka gunakan kemudahan di Tanjung Malim yang hanya 30% beroperasi.
Apa yang dikatakan kerjasama ini hanya akan untungkan DRB-HICOM & juga Honda yang akan menggunakan guna kemudahan di Tanjung Malim bagi menghasilkan model Honda. Proton? Ehemm…..
Itu sebabnya, banyak beza apabila Proton yang boleh dikatakan berada di landasan yang betul sebelum ini sebagai pembuat kereta, berbanding dengan mereka yang hanya mengeluarkan peralatan OEM. Dalam industri automotif, adalah amat tidak efisien dan membazir bagi pengeluar kereta menumpukan untuk buat peralatan OEM sendiri tanpa “outsource” kerja tersebut kepada syarikat luar.
Dan itulah bencana yang dihadapi PROTON ketika ini
Syarikat yang buat kereta dengan “turnover” berbillion setahun kena telan dengan syarikat kecil yang hanya tahu pasang/jual kereta. Pasang dengan buat kereta, sangat ja…uhhhh bezanya.
Sangat sangat sangat malang bagi PROTON dan seluruh rakyat Malaysia jikalau segala pelaburan dan harapan selama ini berakhir dengan hanya sekadar menjadi pengeluar tulen OEM (buat spare part/alat ganti honda seperti oil filter, timing belt, dll). Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan setakat pada tahun 1995, kerajaan Malaysia telah menyalurkan subsidi sekitar RM17 bilion kepada Proton.
Oleh itu, kami dapat merasakan, halatuju Proton selepas ini adalah “rebadge, rebadge dan hanya menjadi pengeluar peralatan OEM semata. Bukan lagi, gelaran “pembuat kereta” selepas ini….
Untuk menjadikan Proton maju, bukan dengan cara dengan downgrade menjadi pengilang OEM (original equipment manufacturer). Seperti yang kami katakan di atas tadi, rancangan DRB-HICOM bukan untuk menaikkan Proton tetapi lebih kepada menguntungkan DRB Hicom secara keseluruhannya. Menjadikan Proton sebagai hamba untuk menaikkan bisnes DRB-HICOM yang sedia ada.
- Pertama : DRB HICOM telah juga mengumumkan pelan pembangunan hartanah “ kilang Proton Shah Alam” pada skala RM5 billion lebih! DRB Hicom untung banyak di situ di atas pelaburan mereka membeli Proton & memindahkannya ke Tanjung Malim. Di mana rancangan mereka untuk naikkan Proton?
- Kedua : JV (sebenarnya bukannya JV pun sebab DRB Hicom memang memegang franchise Honda Malaysia) kononnya untuk kebaikan Proton. Sedangkan mereka mahu buat peralatan tulen OEM untuk Honda dan bolot semua pembekal peralatan & komponen Proton sebelum ini secara terhormat. Dan kami ulangi sekali lagi, di mana usaha DRB Hicom untuk menaikkan Proton?
- Ketiga : Jikalau mereka serius nak majukan Proton, mereka tidak akan batalkan semua projek R&D Proton (benda yang pertama mereka buat) masa mereka mula-mula ambil alih Proton!.
- Mana-mana pembuat kereta tahu untuk mengeluarkan kereta bermula dari scratch memerlukan masa 3-5 tahun barulah boleh keluarkan dalam skala besar. Kalau R&D yang dah dibuat 5-10 tahun lepas dibatalkan, maka apa produk yang PROTON nak keluar untuk 5 tahun akan datang? Jikalau nak keluar rebadge sekalipun perlu 2-3 tahun baru boleh “roll out finish product”
Pasaran & jualan produk Proton is tidak cukup untuk mengekalkan cengkaman mereka dalam industri automotif. Letaklah enjin F1 Petronas sekalipun, apatah lagi apabila AFTA bakal dilaksnakan kelak. Bagi kami pemilihan Honda sebagai rakan JV amat tidak tepat kerana ianya hanya akan meranapkan Proton dengan lebih cepat.
sumber : Berita Semasa
tak yah tutup proton, cuma jual kat luar jer, jgn jual kat mesia hehhehe



aku sokong sgt statement ni...
diorg akan stop bisnes bl dh rugi, xkn nk tgu bankrap kot..??
tgu suma duit habis br nk stop..??
aku penah keje ngan org, bila dia nk tutup bisnes xkn aku nk cakap kat bos "kalo bos tutup bisnes ni sy nk mkn pe"..??
nk xnk cari keje ln, slps 8 bln br dpt keje wpun gaji rendah, janji bole hidup..![]()


