BTC USD 81,102.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

-- edit --

aku kenal En. Yuswan secara personally dan pernah ikut kursus dia dulu sebelum dia rebrand balik dgn nama Matrix Code. dah lama tak jumpa dia. dia memang seorang yang amat praktikal. sorrylah kalau dia nak cakap bla bla bla bla cakap kosong mcm speaker yg banyak buat program sebegini. dia betul2 buat research dan cakap base on kajian kes. 9/10 drpd kata2 dia akan penuh dgn fakta atau info yg padat.

dan aku pernah diuji dalam satu 'game' permainan minda. buat aku ternganga sekejap..

benda ni banyak calculation dan bukanlah ramalan seperti yang diperkatakan (hanya pada pandangan aku). cuma, kena berhati2. semuanya atas iktikad masing2. ia hanya kaedah, kita pula berusaha. jangan percaya, tapi cuma guna. selebihnya segala2nya kehendak Allah.

anggaplah ini sebagai satu ilmu dan jangan cepat menjatuhkan hukum. sikit2 haram. sikit2 haram. yg kata haram tu sikit pun x tau apa2, terus kata haram. mcm mn nak membangun kalau gitu. cuba buka minda dulu dan kalau jelas haram, aku pun akan kata ia haram. korang ingat diaorang ni tak pikir halal haram ke? diaorang pun orang Islam jgk. solat tak tinggal. kat sini pun leh fikir logiknya.

dan suka aku nyatakan, korang takkan sama sekali dapat ilmu ni dari mana2 program. asas tarikh lahir, personaliti, semua orang tahu, tapi yg en yuswan ni lebih daripada tu, malah huraian pun amat2 berbeza. dan personally, aku tgk en yuswan betul2 nak bantu peserta dia x mcm program lain. aku tak tahulah kalau penemuan en Yuswan ni dah dipatternkan atau belum. Dulu dia kata nak patternkan.

Ramai yang nak test, ramai yg nak tahu. tapi aku nak bagitahu, korang takkan dapat skill ilmu ni tanpa belajar terus. ia amat praktikal dan perlukan latihan demi latihan. yg lebih penting, positifkan minda dulu. kalau stakat nak menguji, lupakan jer.. kat situ pun dah pesimis dan negatif. korang takkan maju kalau ada dua sikap ni.

:)cgrock :)cgrock

ps. kepada tuan tanah, sesi preview ada tak bulan posa ni? kalau ada, bg infonya ya..

pps. kursus mahal tu sbb dia nak tapis peserta. kalau murah, kbykn yg join akan terus hilang lepas tu. x serius. lg satu, diaorang ni buat research, x statik mcm sifu lain. so perlukan dana. sama2lah membantu.
 
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=128956&page=32

baca je la treat nie,malas aku nk ckap...
tentang software tu...klu sapa2 bole ajar mcm mane nk tepek,bole pm aku...nnt aku try tepek software tersebut...
hehehe.. ini ler yg dikatakan '**** sombong'. semuanya mcm serba tau. padahal belum tau..

software kat thread tu, bukan itu software yg en yuswan guna. tu ler, lain kali bersangka baik dulu tanpa terus 'melenting' & tunjuk terer. kan x psl2 dah hukum org syirik.. baik ko btobat cpt2..

biar aku bgtau sikit agar ko tahu. en yuswan buat sdri software dia. yg soft korang share tu, org lain punya, malah basic giler. soft tu just satu segitiga, en yuswan punya, bukan satu jer, tp lebih dari tu. soft en yuswan hanya dia leh edarkan, sape2 yg edar, sah tu dah cetak rompak. dan kalau terlepas tangan kat korang pun, confirm korang akan 'termuntah' lepas buat kiraan. lgsung x tahu mcm mn nak 'baca'. hahaha...

kedua, cara kira pun lain, cara baca pun lain. konsep nak sama, tp BANYAK BEZA, malah lebih ADVANCE dan satu2nya hanya dipelopori oleh en yuswan. yg belajar je akan tahu. yg x belajar, jgn memandai nak 'tafsir', leh silap nnti. sbab apa x semua org tahu? sbb kaedah ni betul2 penemuan si yuswan, x semua org tahu tmasuklah salah sorang sifu dia. ;)

aku nasihatkan, jumpalah founder matrix code. matangkanlah sikit minda dan diri kita nih. jgn ego sgt.. kalau nak menilai, nilailah dgn ilmu, bukan dgn ego kita.

hanya yg kenal en yuswan scr peribadi je yg tahu mcm mn susahnya dia, dedikasinya dia sampai nak pecah kepala hari2 cuba dptkan penemuan ni. aku x lah kenal dia sgt, tp tau ler sikit2 stlh jumpa bbrp kali.

:)cgrock :)cgrock
 
Last edited:
ni auta je ni. jgn terpengaruh utk mengkayakan org yg suka mengambil kesempatan ke atas kedunguan org lain.
ni sorang lg yg ego sombong. hoho...

sorry ye tuan tanah. sy ni suka kenakan org balik.

:)cgrock
 
HUKUM MERAMAL TARIKH LAHIR
ANALISA TARIKH LAHIR TAHU MASADEPAN
.
SOALAN

.
Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.

.
JAWAPAN

.
Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran
b) Hadith Sohih dan Hasan
c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

.
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

.
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
.

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

.
SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

.
Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

.
Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya."

(al-Mu'minun: 71)

.
Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)
Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

.
Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mengetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.
Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.
Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

.
NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

.
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

.
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)
Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

.
JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

.
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:
"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.
Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

.
Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Rasulullah s.a.w. bersabda :

.
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
.

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

.
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
.

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )
Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

sekadar renungan kepada yang masih anggap program program seumpama ini tak haram disisi islam...harap maklum.
 
zaman sekarang semua pon boleh,byk kekeliruan...aku bkn menuduh,tp adalah lebih baik disertakan pendapat2 ulamak2 yg xbias pd mana2,mean bkn dibayar utk beri pendapata,beri pendapat berdasar kan dalil2 al-quran dan sunnah tanpa mengharap apa2 balasan kecuali redha Allah...wallahulam
mcm mn nak bg pendapat ulamak kalo kbykan ulamak atau ribu2 ustaz kita yg ada kat negara ni x berminat nak kaji?? yg ada sorang dua je mcm UZAR. yg lain pi mana? semuanya sibuk hal2 hukum hakam, soal2 kecil & politik. takkan semua ahli agama nak buat benda yg sama spt ahli agama yg lain. bagi2 lah tugas..

dan yg jd panel syariah, tu pun dibayar. sorry lah, skdr pdpt.. mn lg ahli ilmu agama kita? byk lg ruang yg blm terisi. kita perlukan penasihat agama utk ekonomi, utk bg pdpt thdp prog2 mcm ni, & byk lg ruang lain. so jgn lah salahkan mereka2 yg buat benda ni kalo mrk x dpt bg pendapat dari sudut agama. ia bukan satu benda mudah nak ckp hukum.

kan bg hadis kan, org persoalkan lak, 'sape ko nak guna2 hadis. lulusan agama apa ko'?

so mn2 ustaz, ahli ilmu yg pakar, xde masalah kaedah diaorang ni nak dikaji. anytime... tak gitu tuan tanah?
 
sekadar renungan kepada yang masih anggap program program seumpama ini tak haram disisi islam...harap maklum.
aku setuju. tapi lg bagus kalau pendapat diberikan secara khusus untuk setiap kaedah spt kaedah en yuswan ni. kalau jelas haram, apa nak dikatakan lg? kita sama sekali xnak ego dlm soal hukum, tdk spt org lain yg ego dlm menghukum org lain.
 
Terima kasih kepada yang menyokong..

Mengikut pengalaman aku, kebanyakkan mereka yang menolak mentah-mentah adalah dari golongan yang:

1. Tidak berduit.
2. Tidak mempunyai ramai kawan.

Yang tidak berduit akan sentiasa berfikiran NEGATIF.

Yang berduit akan sentiasa berfikir dan mencari peluang baru untuk memajukan diri.

Kalau benda itu tidak berfaedah, dan membuang masa aku secara personal akan menolak sama sekali.

Bagi mereka yang membuat (IM) masa adalah sesuatu yang sangat-sangat penting.

Bagimana rasanya jika anda mendapat Usd $300 sehari???

Adakah anda akan duduk diam, teruskan dengan 'system yang sama' atau mencari peluang baru??

Boleh tanya sikit tak??
Berapa banyak kawan u yang berlevel ustaz....

Saya dah tanya tau dekat kawan-kawan saya....
Hati-hati dengan kenyataan anda ye...........

Saya dah email tau, dekat ramai ustaz fasal matrixcode ni...
Nak tahu ape mereka reply??????

TOLONG BUAT RESEARCH SENDIRI!!!!





Ada something yang special dalam kajian kami.
- Number & Symbol -

Sapa tahu golongan mana yang paling banyak menggunakan Nombor dan Symbol ini.

Yup, golongan inilah yang menguasai dunia pada masa sekarang.

Yang mengutuk teruskan, yang mengeluarkan hadis teruskan..
Tak cukup banyak lagi hadis tu??????

Tambah lagi ya.

Bagi, yang suka keluarkan hadis tolonglah malu walaupun sedikit.
Jika anda bukan 'ahli' dalam sesuatu bidang, please do not talk.

Dalam kata yang lain, kalau anda belum buat duit dengan FOREX jangan sembang fasal FOREX...


Minta maaf ye.
Selamat berpuasa.
Tarawih 20 rakaat setiap hari.
 
sekadar renungan kepada yang masih anggap program program seumpama ini tak haram disisi islam...harap maklum.

Bro dah pernah pergi preview?
Saya cadangkan bro, pergi preview, then reply balik..

Terima Kasih
 
lantak korangla,teruskan la,nasihat pon xguna
 
Back
Top
Log in Register