RAHSIA MEMBACA FIKIRAN ANDA. (kiraan minit-60 saat) PETUNJUK KITARAN MINIT - PKM.
Apakah kepentingan kaedah ini kepada anda?
Salah satu kelebihannya terutama berkaitan urusan kewangan atau urusan lain yang melibatkan kepentingan anda.
Istilah ini adalah umpama anda membuat panggilan telefon...
Soalan: kepada siapa anda ingin membuat panggilan telefon?
Jawapannya sudah tentu anda tahu kepada siapa yang anda ingin memanggil...jadi sama lah seperti kitaran minit dimana anda sendiri yang ingin tahu dan bukannya pihak lain berdasarkan jam ditangan anda.
Kita mengambil contoh melalui kaedah sains: kalau diperhatikan bagaimana radio berfungsi menangkap frekuensi getaran, iaitu melalui getaran frekuensi elektrik atau hoogfrequent dari pemancar atau dikenali sebagai sender dikirim ke udara dan akan diterima oleh radio jika frekuensi getarannya disamakan dengan frekuensi dari pemancar.
Jika tidak frekuensi itu tidak akan tertangkap. Dan akan terjadi resonantie atau dikenali frekuensi persamaan, kemudian hoogfrquent akan sampai disuatu bahagian dan dimampatkan beberapa kali oleh lampu HF (Hoogfrequent lamp) selanjutnya dialirkan ke bahagian detection dan disini getaran itu diubah menjadi getaran elektrik kemudian disambung kepada pembesar suara dan disini getaran elektrik laagfrequent getaran udara yang merupakan objek sebagai alat bunyi akan memancarkan gelombang suara.
Cuba kita berfikir sejenak...percayakah anda suatu masa dahulu bermula dari zaman para anbiya, sebelum telefon, tumdrive, komputer, GPS dan pelbagai peralatan teknologi dicipta, adakah anda percaya jika pada masa itu ada manusia mengatakan bahawa dia boleh berinteraksi dengan seseorang melalui bahasa ghaib....
sukar untuk anda percaya kerana pada masa itu sistem teknologi maklumat masih terlalu jauh untuk dibangunkan..tetapi bagaimana dengan hari ini?...
setelah pihak barat apabila Dr.martin Cooper menjadi orang pertama mencipta telefon sellular dan membuat panggilan pertama dihadapan wartawan dan orang ramai dibandaraya new york pada 3 april 1973 dan juga cuba kita renungkan bagaimana kita boleh menonton rancangan secara langsung (live) melalui jarak jauh...
Jika pada zaman itu anda menceritakan pada sesiapa..sudah tentu anda dikatakan gila...tetapi bagaimana pula pada hari ini.
Atau contoh lain: kapal terbang..sekiranya pada zaman dahulu atau sekiranya puak –puak primitif ternampak burung besar diudara bergerak sudah tentu mereka akan bersujud mengatakan itu adalah tuhan mereka dan disebabkan ceteknya ilmu pengetahuan pastinya anda mengatakan itu adalah jin atau pun syaitan..
Sehinggalah pihak barat iaitu pasangan yang diberikan idea oleh allah sebagai perantaraan mencipta dan menjayakannya.... the wright brothers.. iaitu Orville (August 19, 1871 – January 30, 1948) and Wilbur
http://en.wikipedia.org/wiki/Wright_brothers
Percayakah anda tiada apa yang mustahil didunia ini kerana semua ini berpunca dan bermula dari kebijaksanaan akal manusia..kerana akal lah rahsia kunci yang pertama mencorakkan sesuatu tujuan itu untuk dilaksanakan menjadi suatu fakta (contoh: pelbagai peralatan teknologi terkini yang kita guna pakai) kepada suatu bentuk objek yang nampak jelas dan nyata melalui asbab dan perantaraan seseorang individu dimana masyarakat mengistilahkan dirinya seorang yang genius, dimana allah telah memilih mereka-mereka ini menjalankan kewajipan pada masyarakat.
Maka sama lah juga dengan kaedah matrixcode iaitu bahasa matematik yang pada awalnya manusia meragui dunia pernomboran tetapi akhirnya menjadi satu kaedah penting didalam urusan hidup. Formula didalam kaedah pernomboran membaca minda melalui kitaran setiap minit, dimana anda tahu apa yang difikir dan dilakukannya seolah anda sedang menonton tingkahlaku dan fikirannya melalui jarak jauh.
Contoh Pertama: Didalam perbualan, individu ini berjanji akan membayar kepada syarikat anda baki pembayaran tersebut tetapi didalam perbualannya,melalui kiraan kitaran minit tadi, individu ini sebenarnya kreatif memperdaya anda tentang apa yang telah dikatakannya.
Contoh Kedua: Pada kiraan jam dan minit tersebut anak anda sedang memberitahu anda dia tidak akan pulang ke rumah pada malam ini kerana akan pergi bercamping dan bermalam bersama rakan-rakan sekolah tetapi sebenarnya dia sedang kreatif memperdaya anda.
Contoh Lain: Anda sedang berbual dengan seseorang yang mengelarkan dirinya seorang ahli perniagaan, dan didalam perbincangan tersebut ahli perniagaan tersebut menawarkan anda projek-projek mewah yang menghasilkan pulangan lumayan tetapi didalam kiraan jam dan minit pada masa itu individu tersebut sedang tidak jujur kepada anda.
Anda boleh lihat contoh bergambar yang kami berikan sebelum ini :
Kiraan menggunakan kaedah ini walaupun perbualan itu hanya didalam telefon.
(Ini hanyalah maklumat 10% untuk lebih lanjut hanya didalam kursus)