BTC USD 81,913.8 Gold USD 4,140.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying ECONSHOP - myeconshop.com

ECONSHOP merupakan syarikat berdaftar (JM0523659-V) yang dimiliki sepenuhnya oleh Anissz Enterprise beribupejabat di Johor Bahru, telah ditubuhkan pada 3 September 2008 hasil daripada perbincangan teliti dan rapi serta gabungan kepakaran di kalangan pemimpin rangkaian (Networking), pakar IT dan pemasaran internet, juga golongan profesional untuk membentuk pasukan terbaik dan telah beroperasi sepenuhnya pada 01/10/2008. Ianya 100% milik bumiputera.

ECONSHOP-bijak, berekonomi-
Tujuan utama penubuhan ECONSHOP adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha IKS tempatan terutamanya bumiputera dalam memasarkan produk-produk mereka melalui sistem jaringan yang telah dibina oleh syarikat. Melalui sistem jaringan yang telah dibina ini kesemua pihak dapat manfaatnya bukan sahaja terhadap pengeluar dan pemborong malahan para pelanggan juga tidak terkecuali. Pihak syarikat membuka luas peluang pasaran kepada pengusaha-pengusaha IKS tempatan untuk melibatkan diri dalam sistem jaringan ini.

ECONSHOP menjalankan perniagaan secara pasaran (trading) tetapi ia mempunyai keunikannya tersendiri, dimana syarikat telah membina satu program bijak berbelanja yang dapat membantu para pelanggan mendapat faedah bukan sahaja barangan tetapi juga berupa pendapatan yang secara langsung dapat membantu menjana pendapatan pelanggan, disamping memberi peluang kepada para pelanggan melibatkan diri secara tidak langsung dalam dunia perniagaan masa kini.

Dengan bermottokan ECONSHOP "bijak, berekonomi" membawa maksud menang membeli, bijak berbelanja, menjana ekonomi bersama. Dengan pakej produk yang ditawarkan oleh pihak syarikat untuk "Program Bijak Berbelanja" pada harga yang cukup murah, ekonomi dan berpatutan, para pelanggan dapat menjana pendapatan sampingan. Maka daftarkan diri anda sebagai pelanggan syarikat dengan membeli pakej produk yang ditawarkan dan berpeluang untuk mendapat imbuhan tanpa perlu menaja daripada keuntungan syarikat.

ECONSHOP juga membuka peluang pasaran yang amat luas kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk untuk melibatkan diri dalam kedai konsep ini. Pihak syarikat bercadang untuk membuka seberapa banyak mini market sebegini untuk memberi peluang kepada peniaga,pengeluar dan pelanggan.

Barangan Pakej.
Barangan pakej merupakan pelbagai barangan yang khusus untuk pelanggan dalam "Program Bijak Berbelanja" seperti barangan kosmetik, barangan makanan, kesihatan, barangan kraftangan, pendidikan dan sebagainya yang akan dipasarkan oleh ECONSHOP.

ECONSHOP "Bijak, Berekonomi". PROGRAM BIJAK BERBELANJA

​
 
mari222... jgn lepaskan peluang ni.. klu terlepas jgn salahkan kami plak...
 
buat permulaa.. mmg 3 aje.. selepas ni mgkin 10, mgkin 100
 
SALAM SEMUA.... INI BUKAN MULTI LEVEL OR SKIM CEPAT KAYA OK...... NI TRADING COMPONY YANG JUAL BARANG UNTUK MEMAJUKAN PRODUK IKS KITA MALAYSIA OK...... JADI SAMA SAMALAH KITA MAJUKAN PRODUK TERSEBUT DAN DAPAT DUIT... ITU JEK.. SENANG JEK... BERBELANJA SAMBIL MENJANA PENDAPATAN..... :)paid:)paid:)paid​
 
Info utk semua tak lama lagi akan keluar produk2 yg terbaru keluaran syarikat,..info dr leader saya..tq
 
Buluhmas II ker ... ??? tapi niee macam best jer nieeeeee
 
Back
Top
Log in Register