BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ECERDC giat tarik pelabur

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lee Chee Leong (kanan) mendengar taklimat disampaikan Jebasingam ketika melawat booth ECER di CAEXPO 2014.


MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terus menggiatkan usaha menarik pelabur dari beberapa negara termasuk China untuk melabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) melalui Ekspo China-Asean Ke-11 (CAEXPO) 2014 di Nanning, China, yang berakhir hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John berkata, ECERDC menyertai pavilion Malaysia di bawah kluster kerajaan untuk mempamerkan pelbagai peluang pelaburan yang ditawarkan di kepada bakal pelabur.

“Terdapat peningkatan minat di kalangan komuniti perniagaan China terhadap ECER, terutamanya ketika Malaysia dan China sedang meraikan sambutan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala dan juga penubuhan Taman Perindustrian Kuantan
Malaysia-China (MCKIP)," katanya.

Menurutnya, penyertaan ECERDC kali ini bertujuan memanfaatkan peluang dengan bekerjasama rapat dengan pihak China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) Administrative Committee and Cooperation Bureau bagi mempromosikan taman berkembar CMQIP dan MCKIP yang berstatus nasional secara bersama.

Sejak 2007, keseluruhan pelaburan di ECER berjumlah RM63.58 bilion, mewujudkan lebih 65,000 peluang pekerjaan dan daripada jumlah tersebut, RM10.6 bilion adalah pelaburan dari negara China.
 
Back
Top
Log in Register