ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
WABAK Ebola yang berlaku sepanjang tahun lalu merupakan antara yang terbesar dalam sejarah dunia dan memberi kesan kepada beberapa negara di dalam mahupun luar Afrika Barat.
Kes pertama Ebola yang melanda benua itu bermula sejak Disember 2013 di Gueckedou, sebuah kawasan hutan berhampiran sempadan Liberia dan Sieraa Leone. Pada 24 Mac, Liberia dan disahkan di Sierra Leone selepas itu.
Wabak berkembang pesat dan penghujung seramai 759 telah dijangkiti dan 467 meninggal sekali gus menjadikannya wabak Ebola paling berlaku. Malah, ia kini dilaporkan membunuh sehingga lima kali ganda.
Hampir setahun selepas kes pertama dilaporkan, lebih 10, 250 kematian dicatatkan di enam negara iaitu Liberia, Guinea, Sierra Leone, Nigeria, Amerika Syarikat dan Mali. Manakala, jumlah kes yang dilaporkan adalah melebihi 24, 740 kes.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengakui angka sebenar kematian sukar dianggarkan kerana kesukaran mengumpul data. Penemuan mayat di kawasan terpencil di Sierra Leone juga menimbulkan kebimbangan terdapat kes bola yang tidak dilaporkan.
Dalam pada itu, WHO juga mengisytiharkan wabak Ebola di Nigeria dan Senegal berakhir secara rasmi berikutan tiada kes baharu dilaporkan sejak 5 September lalu.
Sukarelawan Liberia sedia cuba vaksin
Setahun selepas WHO mengisytiharkan Ebola, ujian vaksin sedang dijalankan di Liberia dan Guinea. Manakala, Sierra Leone akan memulakan percubaan vaksin akhir bulan ini.
Di Liberia, ahli sains telah menyebarkan ke seluruh negara tentang kajian vaksin bagi mengurangkan perasaan takut dan kekeliruan terhadap terhadap usaha membendung Ebola.
Dr Stephen Kennedy, yang mengetuai kajian menjadi orang pertama secara sukarela mendapatkan suntikan vaksin di hadapan media.
Begitu juga di Guinea, pihak berkuasa memulakan kajian vaksin dengan menyuntik beberapa pegawai atasan.
'Wake up call' untuk dunia
Pengasas bersama Microsoft dan Bill & Melinda Gates Foundation, Bill Gates menggesa satu usaha global untuk mencegah wabak pada masa hadapan dan menyifatkan Ebola sebagai wake up call kepada dunia.
"Terdapat peluang besar untuk satu wabak penyakit berjangkit yang lebih ketara daripada Ebola akan berlaku dalam tempoh 20 tahun akan datang. Dunia memerlukan amaran global dan sistem tindak balas untuk menentang wabak," katanya.
Baginya, sebuah institusi global yang diberi kuasa dan pembiayaan cukup untuk memerangi wabak perlu diwujudkan. Organisasi itu perlu menyediakan sukarelawan dan petugas terlatih yang akan bertindak balas dengan cepat jika sebarang wabak dikesan.
Meskipun WHO mempunyai Amaran Wabak Global, namun ia dilihat kurang kakitangan dan dana.
"Satu program global yang lebih teratur dapat membantu menyelaras logistik, mengumpul khemah, sumber kuasa, bekalan perubatan dan pelbagai keperluan lain yang diperlukan untuk menentang wabak," katanya lagi.
Gates berkata, melabur dalam sistem kesihatan di negara miskin dan membantu menubuhkan sistem pengawasan penyakit sistematik akan banyak membantu mereka menghadapi wabak pada masa hadapan.
Selain itu, meluaskan akses telefon bimbit dan internet serta menambah baik keupayaan diagnostik juga adalah sebahagian daripada usaha tersebut.
5 fakta Ebola
Ia menjejaskan hidupan manusia dan bukan manusia
Wabak Ebola berjangkit melalui darah dan cecair badan pesakit dijangkiti serta daripada monyet, gorila dan cimpanzi.
Kebanyakannya berlaku di Barat dan Tengah Afrika
Virus dipindahkan daripada haiwan dijangkiti yang ditemui di hutan hujan tropika di Afrika, kepada pemburu dan disebarkan ke seluruh masyarakat luar bandar.
Pesakit berjangkit apabila mereka menunjukkan gejala
Ia termasuk demam, sakit sendi, pening kepala dan sakit tekak diikuti muntah, cirit birit serta ruam. Ia juga merosakkan buah pinggang, hati dan menyebabkan pendarahan.
Tiada vaksin atau dadah khusus menentang Ebola
Pesakit dijangkiti boleh meningkatkan kadar kelangsungan hidup dengan mencari rawatan perubatan dengan segera.
Orang yang tidak dijangkiti boleh mengelakkan terkena jangkitan
Elakkan menyentuh orang yang mempunyai gejala Ebola, dan mayat pesakit Ebola. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun.