BTC USD 83,013.7 Gold USD 4,120.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EasyParcel Courier Review @ CG

orangseni

Legendary Member
gem
Messages
10,718
Joined
Aug 27, 2010
Messages
10,718
Reaction score
11
Points
115
assalamualaikum semua :)cgrock

ade seorang ejen saya nih rekemen saya guna EASYPARCEL ....
siapa warga CG yang guna khidmat nih?

menurut dia ...
easyparcel nih macam ada usahasama dengan syarikat2 kurier besar termasuk poslaju,, skynet, gdex ...
lori akan datang rumah ambil barang ...

kadar lebih murah ... kena ada akaunlah ...

kalau kita pilih nak guna poslaju, lori poslaju datang ambil tapi caj lebih murah drp poslaju sendiri (dia guna poslaju)... dia tunjuk kat saya, sampul easyparcel tapi guna borang poslaju ...

kalau kita pilih nak guna skynet, lori skynet datang ambil ... nih tak tahu kadar berapa ...

apa yang saya faham, seolah2 easyparcel nih macam orang tengah kepada syarikat2 kurier nih ...

saya pun hari2 pos barang tapi guna poslaju pikap sejak 2 tahun lepas ... call 1300300300 dan lori pikap poslaju datang ambil rumah ... guna sampul prepaid poslaju (yg nih beli kat pejabat poslah) ... sekali datang, bayar pada poslajuman rm5.30 ... ok dah tak payah gi pejabat pos ...

tuh nak tanya pendapat warga CG :D

ini website https://easyparcel.my/ ...
 
Saya rekomenkan sgt...saya sendiri dah hampir 2 tahun guna servis easyparcel dan selama ni tak pernah mengecewakan. Bole bace review pasal easyparcel ni salah satu bole rujuk easyparcelreview.blogspot.com
 
aku guna easy parcel sejak bulan 4 thn lps..
 
Perkhidmatan Kurier Easy Parcel - BERBALOI UNTUK PENIAGA ONLINE

Salam,

Saya nak kongsi serba sedikit pengalaman guna Easy Parcel dalam menjalankan perniagaan online separuh masa saya.

Pada Jun 2014 saya memulakan perniagaan online menjual barang-barang Pre Order.

Mulanya pelanggan tak ramai, hanya 1 - 3 orang sebulan.

Saya sempat pergi ke Pejabat Poslaju pada waktu rehat untuk hantar parcel-parcel pelanggan.

Lama-kelamaan pelanggan makin bertambah, mencecah 10 - 20 orang seminggu.

Perniagaan yang dijalankan adalah secara separuh masa untuk menampung sedikit belanja keluarga. Tetapi apabila pelanggan meningkat saya pula tak cukup tangan hendak berlari ke pejabat Poslaju. Kadang-kadang sampai seminggu saya lewat hantar pada pelanggan. Pelanggan dah mula bising.

Saya fikirkan satu cara camne nak selesaikan masalah ini sebab saya tak ada masa nak pergi ke kaunter Poslaju, beratur panjang-panjang, tempuh trafik jem dan terkejar-kejar dalam melaksanakan amanah pelanggan. Betul-betul penat.

Saya bertanya dengan pegawai Poslaju yang selalu berurusan. Dia kata Poslaju ada sediakan perkhidmatan akaun kontrak. Poslaju akan datang ke lokasi pilihan kita dan mereka akan collect dan hantar parcel-parcel ikut masa dan kesesuaian kita.

Saya pergi ke Ibu pejabat Pos Malaysia sebab hanya di situ saja boleh daftar akaun kontrak.

Urusan punya lah rumit...banyak dokumen perlu disediakan. Pastu kena bayar deposit RM 1,000!! Bagi peniaga online macam saya, RM 1,000 adalah terlalu besar.

Saya buntu, saya perlukan perkhidmatan Poslaju kontrak tetapi saya tak ada duit sebanyak tuh untuk dilaburkan hanya semata-mata untuk deposit manakala volume jualan saya tidaklah sebanyak Zalora atau Lazada.

Saya google internet untuk cari maklumat. Akhirnya saya jumpa jalan penyelesaian iaitu Easy Parcel

Easy Parcel memang sesuai untuk usahawan online kecil-kecilan yang tidak mempunyai modal yang besar tetapi mempunyai potensi untuk berkembang maju.

Pada mulanya semasa saya mendaftar Easy Parcel, saya merasa ragu-ragu kerana memperjudikan parcel-parcel milik pelanggan kepada satu perkhidmatan yang belum diuji lagi. Saya pasrah. Jauh dalam sudut hati saya ialah saya tak mahu lagi menjadi hamba kepada perniagaan online saya. Tujuan saya menubuhkan perniagaan online adalah untuk kebebasan kewangan bukan untuk dijadikan hamba pada perniagaan sendiri!

Dashboard (antaramuka) dan panel kawalan dalam laman web Easy Parcel amat mudah difahami dan saya dapat menyimpan rekod-rekod pelanggan dengan baik.

Slip-slip Poslaju atau Skynet boleh dicetak terus melalui laman web Easy Parcel dan siap tertera nombor akaun. Dan yang paling pemting saya tak perlu letak deposit untuk guna perkhidmatan Easy Parcel.

Pihak kurier akan menghubungi saya dan akan berjumpa dengan saya di lokasi-lokasi yang dijanjikan. Apabila mereka sampai mereka terus pick up parcel-parcel saya dan buat hantaran. Tiada caj-caj tersembunyi.

Di panel kawalan akaun saya juga saya bole tracking perjalanan parcel-parcel yang dihantar. Memang one stop reference centre bagi saya menjejak parcel-parcel yang dihantar dan boleh update pelanggan serta merta.

Kini, masa penghantaran saya juga telah disingkat dari 1 minggu kepada 1 hari setelah barang pre order tiba. Sebelum ini jari-jariku sakit semua kerana menulis slip poslaju hari-hari secara manual huhuhu....

Selain itu, apabila anda mempunyai akaun dengan Easy Parcel anda boleh pergi direct ke kaunter akaun kontrak di pusat-pusat Poslaju tanpa perlu beratur. Anda hanya perlu isi borang pink dan setel!

Oleh itu, saya sangat-sangat mengesyorkan kepada peniaga-peniga online kecil-kecilan di luar sana untuk mendaftar secara percuma akaun Easy Parcel sekarang. Anda hanya perlu bayar top up bila anda perlukan. Mudah, Ringkas, Efisyen dan Jimat!

DAFTAR DI SINI. PENDAFTARAN PERCUMA


Untuk maklumat lanjut boleh layari http://easyparcelreview.blogspot.my/

how-to-get-rm5.jpg
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register