Sneak Peek
1. Pengenalan
Assalammualaikum. Sebagai pembuka kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mendapatkan manual EA Boboibot sama dengan cara men-download atau setelah membeli EA Boboibot. Manual ini adalah diberi secara percuma kepada sesiapa sahaja sebagai hadiah saya kepada anda.
Saya telah berkecimpung di dalam dunia trading forex selama 9 tahun. Telah berbagai teknik saya pelajari dari pelbagai guru sama ada dari kelas-kelas forex yang berbayar ataupun yang tidak berbayar iaitu ilmu yang saya ceduk dari ebook, forum dan sebagainya. Telah banyak teknik saya pelajari seperti Support and Resistance, Trendline, Fibonacci, Elliot Wave, Basket Trading , Hedging , Martingale, Fibo Musang, Compression Master Mansor Sapari, Fundamental Analysis, COT Report, Moving Average dan berbagai-bagi lagi yang terlalu banyak untuk di listkan.
Teknik-teknik tersebut memang cukup hebat, dan ramai yang telah berjaya. Cara menguruskan duit atau modal juga amat penting dan tidak boleh dinafikan. Emosi juga harus dikawal dengan baik untuk berjaya dalam trading forex. Faktor utama kegagalan adalah kerana gagal mengurus emosi dan modal ataupun Money Management.
Oleh kerana kegagalan demi kegagalan mengurus emosi dan Money Management, saya telah mendapat ilham untuk mengautomasi kan sistem trading saya. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya amat beruntung mempunyai kepakaran dan minat yang mendalam di dalam programming. Oleh kerana kelebihan ilmu yang saya miliki di dalam programming dan trading forex, saya telah mencipta satu EA yang dapat menyelesaikan masalah trading yang saya alami selama ini dan mungkin masalah anda juga.
Tiada sistem yang holy grail atau sempurna, dan begitu juga EA yang saya cipta. Saya hanya berusaha yang terbaik untuk tidak tewas semasa trading dan rezeki , untung dan rugi saya berserah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya rezeki, jodoh, ajal dan maut di tangan Allah S.W.T.