Bro LeeGG, DD tu dlm market tengah ranging ni, nampak macam bahaya lar. Belum lagi, market trending cecah ribuan pips. Takut margin tak cukup jer nanti. Orang kata, martin ni DD seeloknya bawah 20% masa market trending/ranging supaya tak MC. Mungkin bro ada teknik tertentu nak cover margin tu nanti.
Dalam EA tu ada beberapa cara boleh set utk elakkan MC:
1. Ada Close-ALL function bila tahap equity yg kita set telah dicapai, jadi kalo ada GAP terkangkang, macam dah reset semula kepada zero, balik semula ke garisan pertama.
2. boleh set size GAP perbezaan pips pergerakan EU dan GU kepada range yg besar untuk elakkan buka post yg banyak, jadi kurang float.
3. Gunakan dua akaun yg menggunakankan setting EA berlawanan diantara satu sama lain. Sekiranya salah satu akaun akan MC kerana GAP terkangkang, sekurang2nya kita loss kurang dari 50% dari modal kita sebab akaun yg satu lagi akan profit.
4. Pergerakan trend EU dan GU akan sentiasa berubah2 tapi kita tak tahu bila dan berapa lama, tetapi dalam proses perubahan tersebut, kedua2 akaun membuat profit dan floating di kedua2 arah. Kedua2 akaun akan ada pertambahan equity dan dgn ini secara automatik menambahkan kekebalan dari menjadi MC. Akan ada floating yg besar juga, tapi pusingan trend market yg seterusnya akan merendahkan semula float yg ada.
5. Boleh set lotsize ikut kesesuaian modal, set TP yg kecil untuk cepat tutup open post
6. Boleh juga kunci equity (EA berhenti automatik, tak buka post lagi bila equity dicapai, tggu kita buat setting baru untuk jalan semula). Jadi kita boleh tgk market dulu sebelum bagi EA jalan semula.
7. Atau pun tambah jer lah modal bagi besar sikit...hehe...yg ni jarang kot kita buat..
Nota: Setting EA sekarang adalah 10 pips GAP open post dan 10 pips TP, iaitu dikira sebagai tahap yg berisiko. Sekiranya berlaku GAP terkangkang sebaik sahaja EA dijalankan tanpa sempat untuk buat profit, kemungkinan besar akaun boleh MC. Setting kedua yg selalu aku set untuk kurangkan risiko adalah 15/10 untuk GAP/TP, tapi kurang la sikit affiliate dan profit.