Salah satu cara untuk keselamatan akaun dan juga membolehkan kita withdraw setiap hujung minggu, aku gunakan akaun berpasangan.
Iaitu setiap EA yg aku run, ada 2 akaun yang berjalan menggunakan dua arah yg berlainan.
Tidak kira kemana arah pergi, salah satu akaun akan profit dan salah satu akaun akan floating, tapi masih dalam keadaan selamat.
Contohnya minggu ni, kita boleh withdraw akaun pertama yg profit, akaun kedua yg floating kita biarkan dulu. Minggu depan kalau trend market tak berubah, akaun yg sama masih profit, jadi kita withdraw akaun yang profit saja dan biarkan akaun kedua floating.
Keadaan market tak menentu. Sampai satu tahap, trend akan bertukar arah, maka akaun yg profit juga akan bertukar. Bila ini terjadi, maka kita withdraw pula akaun kedua yg profit. Akaun pertama yg floating biarkan saja sebab masih dalam keadaan selamat.
Itu kalau kita nak withdraw setiap minggu.
Kalau kita nak withdraw setiap hujung bulan, selalunya kedua2 akaun akan profit 10%-30%, cuma salah satu akaun jumlah nya lebih sikit dari akaun yg satu lagi.