DEPO SEKALI, WITHDRAW BERKALI KALI…

paid

paid
Salam semua rakan rakan trader,
Pernahkah kita terfikir untuk depo sekali sahaja dan lepas tu withdraw berkali2.
Menggunakan modal yg kecil serta akaun kita sentiasa selamat walau bagaimana keadaan market sekali pun.
Itu lah target aku dgn EA yg aku ada sekarang.
Konsep EA ini pada asalnya aku perolehi dari salah seorang trader didalam CG ni jugak. Terima kasih kepada beliau (nama dan teknik beliau rahsia dulu).
Dari idea2 beliau aku copycat teknik EA asal dan telah hasilkan EA ini setelah menjalankan kajian selama hampir 2 tahun.
Mungkin kerana susah payah, penat jerih, keletihan minda, beberapa akaun pun dah MC dan hampir2 putus asa, maka akhirnya Allah temukan juga setting yg terbaik untuk EA ini menghasilkan profit 10% hingga 30% sebulan (kalau lebih, alhamdulillah…bonus la tu).
Jadi hari ini aku ingin meneruskan aktiviti untuk menguji EA ini dengan hanya bermodalkan USD100 menggunakan 4 LIVE akaun dan menggunakan 2 broker.
EA ni tak boleh diujikaji menggunakan backtest kerana teknik dan limit MT4. Aku telahpun menjalankan ujikaji menggunakan lebih 25 REAL akaun dari 2 broker berlainan. Setakat hari ini, setelah hampir 3 bulan aku menjumpai setting yang terbaik, semua akaun menunjukkan profit yg konsisten.
Jadi aku ingin teruskan aktiviti ujikaji ini dgn mendapatkan feedback dari rakan2 trader.
Berita baik disini ialah, aku ingin menghadiahkan USD400 (USD100 kepada 4 orang warga CG yg ada pengalaman trading fx serta aktif berforum) dan akan menggunakan EA yang aku hasilkan.
Kepada calon 4 orang yang berjaya dipilih, tugas utama adalah untuk memberikan komen (tak kisah baik atau buruknya pasal performance EA ni) didalam thread ini sebagai rujukan kepada trader2 lain.
Ganjarannya adalah USD100 tak kira samada EA ni profit atau akaun MC.
Kalau akaun MC, aku akan tetap bagi USD100 kat calon2 yg terpilih.
Kalau akaun profit, maka profit itu adalah hak calon2 sehingga ianya mencapai 100% .
Kalu EA ni berterusan membuat profit, kita boleh rekomen kat trader2 lain.
Kalau EA ni kantoi, kita tutup jer thread ni dan kuburkan EA ni.
Tapi kita kena pastikan juga kenapa EA boleh kantoi, kenapa akaun kita MC.
Kalau akaun kita MC disebabkan oleh pergerakan market, maka kita terima hakikat bahawa EA ni tak boleh pakai. Lepas tu masukkan EA ni dalam kategori bad EA dalam salah satu thread kat atas tu…hehehe
TAPI…kalau akaun kita MC disebabkan oleh manipulasi broker, maka kita ramai2 komplen kat broker tu, pandai2 la korang nak hentak broker yg main tipu trader. Broker2 ni kalau deposit laju jer ambik dari kita trader bilisan. Kalo kita dah profit, gelabah pulak broker manipulasi trade kita supaya kita rugi atau untung ciput.
Tujuan aku buka 4 akaun ada lah untuk maksimakan keselamatan akaun dengan EA ni.
2 akaun aku akan gunakan kat broker pertama, manakala 2 akaun lagi aku akan gunakan kat broker kedua.
Konsepnya… (aku bagi klu sikit2…hehe) EA ni ada mirip2 gunakan teknik martiangle, hedging dan melawan trend, tak guna apa2 indikator langsung, masuk post pun hentam jer, tak kisah bila2 masa pun boleh…hehehe..bahaya tu.. Takpa..takpa… kita run dulu, nanti kita nilaikan keupayaaan EA ni.
Risiko menggunakan EA ni tetap ada cuma aku dah buat setting untuk minimakan risiko yang mungkin akan berlaku 4 atau 5 kali dalam setahun berdasarkan kepada data2 yang lepas.
Sebenarnya dan hakikatnya, aku pun tak pandai trade fx ni, kalau trade manual, kebarangkalian aku nak MC tu memang la besar. Baca candle stick pun tak berapa faham…hehehe. Jadi bila dah MC banyak kali, aku bertukar cara kpd auto trading menggunakan EA.
Dipendekkan cerita, untuk menjadi 4 calon yg dapat percuma USD100 setiap orang tu, aku perlukan maklumat2 individu dan kirimkan kat email aku.
Sila emailkan ke
[email protected] maklumat2 berikut:
Nama ID didalam CG:
Jadi ahli CG dah berapa lama:
Pengalaman trade (berapa tahun):
No handphone untuk dihubungi:
Email address:
Yahoo messenger ID:
Kalau ramai sangat calon, jangan la marah dgn aku pulak kalau tak terpilih..hehehe. Nanti ada modal lebih aku buat offer lagi…
Kepada yang terpilih, rajin2 la berforum dalam thread aku ni...
SALAM.
==================================================
UPDATED 7HB DEC 2011
==================================================
Kepada kawan2 yg ingin menggunakan EA ni, kat bawah ni aku tuliskan term and condition
yang diperlukan:
1. Servis EA ini akan dijalankan di dalam VPS 24jam 7 hari seminggu (sabtu ahad rehat kot)
2. Akaun trading mestilah mempunyai leverage sekurang2nya 1:500, jangan kurang dari itu
3. Trade guna pair EU dan GU saja, pastikan spread maksima 3 pips saja, kurang lagi baik
4. Setakat ni aku guna EA ni kat broker merah dan biru, untuk broker2 lain EasyFx, fxpro dan lain2 regulated broker, hubungi aku dulu untuk kepastian.
5. Bayaran VPS cuma USD5 sebulan setiap akaun, murah jer
6. Kalau akaun trader ada profit, aku tak ambik apa2, tu duit korang, ambik semua 100%
7. Trader mestilah sanggup tanggung risiko 100% apabila menggunaka EA ni, aku akan pastikan yang terbaik untuk setiap akaun. Tapi kita tak tau apa akan jadi keadaan market di masa hadapan. Pendek kata aku dan EA aku akan buat yg terbaik utk akaun2 kawan2 semua, tapi risiko masing2 tanggung.
7. Kena register bawah affiliate aku untuk menngunakan EA ini. Klik kat bawah tu untuk register:
KLIK untuk register broker MERAH
KLIK untuk register broker BIRU
8. Selepas register dan dah depo akaun, hubungi aku untuk berikan no akaun, password dan tindakan yg selanjutnya.
9. Satu lagi kepada IB2 diluar sana, aku boleh bantu korang untuk dapatkan affiliate lebih. Dalam kes ni, IB2 tak perlu lah gunakan link aku, kalau boleh daftar sub-IB bawah link aku lagi baik, korang jadi sub-IB aku. IB2 boleh sarankan akaun2 dibawah affiliate masing2 untuk menggunakan EA ini. Kita boleh bincang bagaimana perkongsian affiliate tersebut. Jangan risau, aku ambik ciput jer. EA yg buat kerja, bukan aku...hehehehe
Yang penting, klien2 korang semua buat profit, lagi lama diorang trade, lagi lama korang berterusan dapat affiliate.
Kalau ada apa2 lagi yg terkurang, nanti aku edit lagi.