BTC USD 81,457.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EA CPsXtreme 2011

nahnufrx---> ko memang best...:D

Huh Panjang lebar penerangan Jejantas. Bagus tu...at least ada juga keluar dr terus menghilang atau senyap sunyi sepi. Bro J, sekali lagi aku muncul bukan utk mengangkat atau menurunan status ko at sini. Cuma pembetulan cara ko sahaja

Berbalik kpd statement ko diatas....

1. "Dia kata dia nak jual dan saya dah berikan kebenaran utk dia jual tapi apa2 hal dia tanggung".....ko tak rasa segan ke dgn statement ko cam ni....masalah belum pon selesai. Itu produk ko....ko yg kena selesaikan. Bukannya dier kena cari buyer. Menjual kpd org lain bererti die menipu buyer tersebut kerana jika ko sendiri pon belum pasti tentang setting terbaik, bagaimana ko fikir die akan ceritakan setting yg baik kpd buyer yang malang itu.....Ungkapan ko setuju tentang jual produk ini kpd org lain, lansung tak masuk akal bagi aku....ibarat ko nak lepaskan beban ko dgn dier dan membuka beban baru bg pihak ke-3...fikir2 kan.

2. "so fine... settle masalah saya dengan dia ... "....masalah ni tak pernah selesai. Jika dia jual dgn harga RM300 bermakna die rugi...ko kena beli balik dengan dia harga asal atau lebih seringgit sebagai pampasan tekanan yg die tanggung selama berurusan dengan ko :D....ko tak rasa segan silu ke dengan die yg belum pun menggunakan produk ko, tapi tak dapat refund. Tak dapat guna 1 hal la....dah tu penat lelah dier dok cuba setting siapa mahu tanggung?:D

3. masalah dia ngan pembeli itu dia kena settle sendiri... kalo dia baik dengan saya .. saya akan cuba settlekan .. tetapi kalo macam ini jadinya ... cemana saya nak tolong?.....masalah dier dengan pembeli juga adalah masalah ko kerana itu produk ko....suka atau tidak ko tetap kena tolong. Kalau dah sampai peringkat begini senang citer ko refund jer...dier pun tak hangin sebegini

4. "EA tuh semua teknik ada .... Berdasarkan Broker dia tuh ... teknik 15 dia leh pakai . Cuma samada dia memang nak pakai atau tidak sahaja"...ok yang ni aku setuju dengan jejantas walau aku tak tahu apa cerita dengan EA tu. So takper, since dier ckp setting ni boleh pakai, ko cuba dlu. Kalau takleh kat broker ko, Ko cuba jer dekat demo acc insta samada ok atau tak

5. "ModifyOrder Error 1 tuh bukan masalah .. saya dah beritahu kepada dia ... tetapi dia dok bising2 dalam nih..."....die dok bising pon pasal sikap ko juga layan tak endah jer. YM chat yang dier attach pun aku bleh rasakan kekasaran dan ketidak tanggungjawab ko merelakan dier menjual produk tu. Menampakkan sgt produk ko ni boleh dilelong sana sini dengan kesesuaian harga yg disukai.

6. "Anda semua boleh komen apa juga untuk sedap jari anda sebab x terkena pada diri anda .... tetapi saya yang bertungkus lumus buat untuk memudahkan trader tetapi inilah hasilnya yang saya dapat.. kena caci kena maki kena perli dan macam2... Tetapi semua ini adalah adat dalam dunia ini...".....terus terang saya ckp, jika sesiapa yg terkena keadaan cam gini kena bertanggungjawab. Ko tak leh persoalkan ko bertungkus lumus....tahu kenapa? kerana buyer membayar ko RM1300 it is not free..Customer always right dan ada hak keatas apa yg mereka beli...itu bukan nilai duit seumpama Rupiah1300 . Dengan RM1300, bulanan kereta boleh settle, bil elektrik air bleh settle, siap kos rumah sewa pon bleh settle. Dan ko juga kena terima caci maki ni sebagai titik tolak adat perniagaan.

7. "Jika dia settle cara baik dengan saya dan tutup semua thread yang dia bukak... saya akan settle masalah dia dengan pembeli dia jika masih x settle"..... lagi lagi ko ungkit soal buyer dier. Kat sini tak timbul masalah dengan buyer baru. masalahnya ko dengan die.ini produk ko...ko kena selesaikan

P/S: aku nasihatkan pembeli asal jgn jual produk ni kpd pihak ke-3. Ini akan menunjukkan imej pembeli asal yg teruk dan ini boleh menyebabkan menanggung risiko dengan buyer baru ...dont create more problem....lg pon tak berbaloi pon setakat nak jual RM300 berbanding harga asal yg ko beli.

8. "saya berjanji akan cari setting terbaik pada dia ... tapi kena lah bersabar ... bukan dia sorang saya nak layan disamping tugas saya yang lain.. Saya hanya FREE weekend saja .... Ini x menyempat2"....Sekali lagi ko silap, ko mintak customer bersabar....itu boleh. Selama mana? due date? ko cakap bukan dier seorang yang ko nak layan dan free hanya pada weekend sahaja....itu bukan masalah customer...itu masalah ko...produk ko yang create the problem and customer paid for the product. Trust me it's not cheap....dulu2 sebelum jual ko tak fikir ke masalah yg bakal timbul? ko kena fikir dlu sebelum jual

a. Akhir sekali...lagi sekali aku menasihatkan ko....dalam urus niaga ko kena sering ingat "Customer Always Right"...kalo ko taip kat google perkataan ni....jelas sekali berlambak page akan menerangkan tentangnya. itu risiko yg ko kena tanggung dalam urus niaga

b. Ko kena byk improve skill soal jawab dengan pelanggan...terlalu lemah dan tak bertanggungjawab

c. Jika berniaga sesuatu barang mesti ada warranty and refund in certain period. Adalah hak customer untuk test produk terlebih dahulu. Jika berpuas hati terus guna. Jika tak puas hati boleh refund. Baru lah timbul konsep keadilan...

renung2 kan lah...rasanya dan byk post aku asyik dok bg nasihat kat ko...tp ko terus cam gitu juga....jawapan yg sama dan yang agak menyedihkan utk dibaca

Jangan salah kan TT yang membuka thread ni. Mungkin tak baik utk ko. Tapi bagus utk org lain jelas tentang produk ko yang masih tiada punca penyelesaian....

Harap maafkan aku....aku cuma bagi penjelasan yg masuk akal bagi pihak TT yang sungguh saddissss..:((:((:((:((
 
nahnufrx---> ko memang best...:D

takder la...aku cuma berpendapat apa yg aku fikir sebaik baiknya. tapi tk mungkin semua org suka atau setuju

Tambah pula aku tak nak perkara sebagini merosakkan mind set org2 baru pada dunia forex. tak nak ada unsur2 atau sebarang pemikiran yg boleh menjejaskan forex secara sebahagian atau keseluruhan. Masing2 kena menjaga ini.

I Luv FOREX
I Luv CG
and i love all of you:D:D:D:D:D
 
owhh sori aku baru perasan.. patut laa, posting pon baru 40. :)

ok, aku rasa aku kurang cerdik kalo aku respon reply mcm nih. selamat berforum.. ;)

Langkah terbaik masta.. kasi report sudah.. anyway semoga masalah ni selesai ngan baik nye, adat meniaga mesti ada terkehel sana tergeliat sini.. apa pun suma masalah mesti boleh setel punyer.. :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Langkah terbaik masta.. kasi report sudah.. anyway semoga masalah ni selesai ngan baik nye, adat meniaga mesti ada terkehel sana tergeliat sini.. apa pun suma masalah mesti boleh setel punyer.. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

Memang boleh setel kalau ego tu buang jauh2.....
 
owhh sori aku baru perasan.. patut laa, posting pon baru 40. :)

ok, aku rasa aku kurang cerdik kalo aku respon reply mcm nih. selamat berforum.. ;)

Hehehe..... Biar la diorg bro.... Kiter dok tepi jer... peratikan apa agaknyer yang diorg nak lakukan...... :)cgrock:)cgrock:)cgrock Sy tak sokong mana2 pihak.. cuma, tak berapa minat saudara seagama bergaduh pasal benda2 mcm ni...
 
Sekurang2ya EA saya makin popular :D

Aku...dalam banyak2 ayat reply Jejantas yang aku paling rasa nak gelak tang yang ni......huhuhu....apa ada pada glamour?....ntah sapa yang bagi pengiktirafan glamour kalau complaint sana sini.

improve bro....improve...berhati hati dengan word sebegini....ni word yg boleh membunuh perniagaan ko...dan ianya adalah dr ko sendiri...
 
Hehehe..... Biar la diorg bro.... Kiter dok tepi jer... peratikan apa agaknyer yang diorg nak lakukan...... :)cgrock:)cgrock:)cgrock Sy tak sokong mana2 pihak.. cuma, tak berapa minat saudara seagama bergaduh pasal benda2 mcm ni...

bukan soal nak gaduh bro...kita nak bagi nasihat supaya membentuk amalan dan cara yang lebih betul dimasa hadapan.

Ingat satu perkara: Teguran yang membina itu lah yang membantu kejayaan. Cuma kadang2 sebalik teguran ada sedikit terkasar...terseliuh sana sini.....dan kitorang cuba utk pertahankan kepada yg berhak sahaja.
 
salam. customer always first. customer always right. Tak sanggup nk layan, tak sanggup nak tahan, otherwise dont be a seller, dont do business.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14790
USD / JPY
156.877
GBP / USD
1.33950
USD / CHF
0.82250
USD / CAD
1.39985
EUR / JPY
180.080
AUD / USD
0.71320
Back
Top
Log in Register