BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Entertainment Dunia teknologi dikuasai Android

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
PERSIDANGAN dan pameran industri mudah alih terbesar dunia, Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2012 yang berlangsung di Barcelona banyak menampilkan pelbagai teknologi dan inovasi untuk kegunaan semasa mahupun masa depan.

Sepanjang pameran bermula 27 Februari hingga 1 Mac 2012 itu menyaksikan beberapa kejutan terutama teknologi kamera pada telefon (Nokia melancarkan telefon berkamera 41 megapiksel), cip pemprosesan telefon nVIDIA yang kini Tegra 3, serta saiz telefon yang besar diperkenalkan.

Nama baru dalam industri juga diperkenalkan termasuk syarikat China, Huawei yang mengambil keputusan menghasilkan cip pemprosesan mereka sendiri di samping industri tablet memaparkan jenama Samsung Galaxy Note.

Antara pengumuman yang mencuri perhatian termasuk kerjasama pemaju penyelesaian antaramuka digital Synaptics Inc dan pengeluar cip pengkomputeran mudah alih, komunikasi dan peranti hiburan, NVIDIA bagi teknologi DirectTouch untuk pasaran tablet.

Melalui perkongsian kejuruteraan dengan NVIDIA, Synaptics mampu memenuhi permintaan pengguna bagi peranti tablet yang nipis dan ringan yang menyampaikan pengalaman pengguna lebih baik.

Kerjasama dengan NVIDIA untuk DirectTouch bermakna Synaptics menawarkan OEM pilihan yang luas terhadap penyelesaian sentuhan tablet termasuk prestasi tinggi dengan kod projeknya ClearPad 7300.

Ia dijangka membantu mengurangkan berat dan menipiskan bagi satu bilion tablet pada masa depan menggunakan gabungan teknologi terkini NVIDIA Tegra 3 yang memproses data pantas serta menjimatkan penggunaan bateri.

Selain itu, MWC 2012 dilihat seakan menonjolkan penguasaan sistem operasi (OS) Android terutama versi Ice Cream Sandwich 4.0 yang mula mempengaruhi kebanyakan peranti diperkenalkan.

HTC One X

pix_gal1

Satu lagi produk ‘flagship’ yang dibayangkan akan tiba pada tahun ini iaitu HTC One X atau nama kodnya Endeavour.

Ia mempunyai rekaan yang diperbuat daripada bahan polikarbonat menggunakan skrin Gorilla Glass bersaiz 4.7 inci 1280 x 720 piksel iaitu dikatakan paparan Super LCD 2 yang bukan saja lebih kukuh, malah mampu memaparkan kejelasan optimum.

Lebih mengejutkan, HTC tampil dengan pemprosesan NVIDIA Tegra 3 bagi edisi globalnya manakala pasaran yang sudah mempunyai penembusan rangkaian LTE menggunakan Qualcomm Snapdragon S4.

Kadar setorannya dipengaruhi kapasiti 32GB dan mempunyai memori 1GB DDR2. Lebih menarik, HTC memberi kadar setoran tambahan 25GB secara ‘cloud’ menerusi sistem Dropbox yang percuma untuk dua tahun.

Kejayaan LTE juga bermakna HTC kini tampil antara pengeluar telefon yang menawarkan sambungan rangkaian hingga 42Mbps HSPA+ selain kamera lapan megapiksel dengan lensa jenis f/2.0 dimuatkan bersama cip silikon ImageClip bagi rakaman foto pada pencahayaan rendah.

Sememangnya telefon HTC kali ini mementingkan kualiti kamera apabila memproses foto pada lima peringkat pencahayaan yang ditetapkan sendiri pengguna di samping kamera depannya pun mampu merakam definisi tinggi 720p.

Tarikh sebenar ia akan dipasarkan ialah pada April nanti di seluruh dunia.

HTC One S

pix_gal2

Telefon baru HTC akhirnya muncul dengan model One S yang menjadi telefon kategori pertengahan, ‘tak mahal tapi tak murah’.

Ia masih kental dengan paparan 4.3 inci Super AMOLED dan pemprosesan dual-core 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S3 yang mampu melakukan kerja berat dalam telefon bermakna anda boleh mengharapkan pelbagai tugas kerja pada satu mesin kecil itu.

Tidak perlu lagi memperkenalkan OSnya kerana sudah pasti Ice Cream Sandwich 4.0 menjadi pilihan, gabungannya dengan antaramuka HTC Sense baru 4.0 sepadan dengan versi Android.

Kerangkanya diliputi aloi nipis. Kalau dalam bahasa sainsnya, ia plasma yang terhasil akibat proses pemanasan pengoksidaan mikro (cukup komplikated, bahasa mudahnya, ia mampu meringankan telefon terbabit) selain memberi kerangka aluminium seramik tipikal HTC yang licin dan nampak kukuh.

Kali ini, HTC bijak tampil dengan keupayaan kameranya yang mantap beresolusikan lapan megapiksel digabungkan bersama pengesan ImageChip dihasilkan sendiri HTC dan lensa autofokus lebih pantas mengalahkan model sebelumnya.

Tidak perlu dinyatakan kekuatan rakaman 1080p yang boleh dinikmati dengan kamera telefon ini.

Berbekalkan semua ciri terbabit, HTC masih mampu menawarkan tahap kenipisan 7.9mm.

Nokia 808 PureView

pix_gal3

Nokia menampilkan kejutan dengan mengeluarkan kamera beresolusi hingga 41 megapiksel menerusi model 808 PureView yang dijual pada harga kira-kira RM1,800.

Sebelum pergi jauh, maksud sebenar 41 megapiksel ialah adalah kekuatan pengesan lensanya mengesan imej yang dikuasakan Carl Zeiss bermakna ia industri baru dalam teknologi pemampatan piksel (kameranya masih menggunakan 8MP secara teori).

Maksudnya, kamera 808 PureView itu mampu merakam tujuh piksel pada satu masa berbanding satu piksel sekarang serta merangkanya semula kepada imej baru yang lebih tajam.

Ia menggunakan OS Symbian Belle dan berkuasakan cip teras tunggal 1.3GHZ dengan paparan 4 inci 360 x 640 nHD.

Huawei Ascend D

pix_gal4

Pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Huawei, memperkenalkan telefon pintar terpantas di dunia berasaskan pemprosesan yang dibina sendiri iaitu Huawei K3V2 empat teras menerusi model Huawei Ascend D.

Ia menawarkan pemprosesan sebanyak 1.2GHz atau 1.5GHz dibantu reka bentuk mantap bersaiz 4.5 inci yang dikhabarkan menjimatkan 30 peratus tenaga penggunaannya. Telefon terbabit mementingkan grafik tinggi dengan memproses 32 bit warna sebenar selain teknologi skrin IHPR 330 yang dibina sendiri Huawei menyediakan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari.

Ciri lain yang didatangkan termasuk kamera lapan megapiksel di belakang serta 1.3 megapiksel pada bahagian hadapan. Siri terbabit bakal dilancarkan serentak pada April nanti.

Samsung Galaxy Beam

pix_gal5

Samsung antara vendor pertama yang mendedahkan produk baru di MWC 2012, bermula dengan Samsung Galaxy Beam dibungkus bersama sistem operasi Android 2.3 dan CPU dwiteras 1GHz.

Uniknya, ia menampilkan fungsi projektor bersepadu yang mampu menawarkan kecerahan 15 lumen, cukup untuk memfokus imej HD pada tahap kelebaran 50 inci.

Ia turut dihadirkan bersama aplikasi khusus yang mengaktifkan mod projektor membiarkan pengguna memainkan video dan gambar serta berinteraksi dengan permainan apabila skrin WVGA 4 inci didapati tidak cukup untuk anda.

Selari dengan fungsi multimedia yang luas, Samsung segera menampilkan bateri jenis 2000mAh yang memberi tempoh lebih lama terutama ketika menonton pada skrin besar.

Samsung Galaxy Note 10.1

pix_gal6

Samsung mengumumkan satu lagi tablet 10.1 inci untuk menyertai koleksinya yang berkembang iaitu Galaxy Note 10.1.

Perbezaan utamanya ditonjolkan pada pen stylus berbanding Galaxy Tab 10.1 yang beroperasi pada antaramuka baru Touchwiz-ICS diterapkan pada CPU 1.4GHz dual-core dengan RAM sebanyak 1GB.

Ia menggunakan paparan WXGA 10.1 inci (1280 x 800) dikuasakan bersama kamera tiga megapiksel pada bahagian belakang dan ciri seni digital lain.

Ciri terbabit termasuk nota, teks, lukisan dan formula (untuk mendigitalkan imej dan formula matematik) tapi yang lebih penting adalah keupayaan untuk menggunakan fungsi sentuhan pada aplikasi Adobe Photoshop.

Viewsonic

pix_gal7

Syarikat yang sudah biasa dengan pengasilan monitor, Viewsonic turut tidak ketinggalan memperkenalkan telefon mereka iaitu ViewPhone 4e yang pada asasnya berciri lengkap bagi telefon murah.

Viewsonic menempatkan fungsi slot kad dwi sim yang menggunakan OS Android 2.3 Gingerbread bersama paparan 3.5 inci pada resolusi skrin 480 x 320 piksel.

Di samping itu, ia menggunakan kamera tiga megapiksel dan mementingkan sambungan radio FM beroperasi pada pemprosesan CPU 650Mhz.

Ia dijangka tiba sebelum Jun ini dengan harga kira-kira RM900.

Sony

pix_gal8

Sony Mobile Communications (Sony) melancarkan penambahan terbaru kepada Xperia dengan teknologi NXT pada siri P dan U yang memberi pengalaman baru untuk sambungan ke semua produk elektronik Sony.

Xperia NXT siri adalah asas pengalaman yang membolehkan pengguna menikmati dan berkongsi kandungan pada mana-mana skrin paling sesuai dengan mereka sama ada ia telefon pintar, TV, laptop atau tablet. Antaramuka pengguna (UI) baru mengikut prinsip reka bentuk yang sama dan meningkatkan pengalaman Android menawarkan aplikasi dan kandungan mewah dengan skrin mudah dan lebih tersusun.

Album baru, pemain video dan pemain muzik akan menyampaikan pengalaman hiburan yang menarik yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi kegemaran mereka terus dari skrin utama. Telefon terbabit lengkap dengan kuasa enjin Mobile Bravia untuk kejelasan optimum bersama pengalaman hiburan premium apabila akses kepada Rangkaian Hiburan Sony juga dipermudahkan.
 
Awek geli-geli : "Wow! 41 Megapiksel...."

padahal extrapolated pixel je.
 
nokia 41mp tu marketing saja
pakai pixel oversampling
marketing macam henpon cina dulu2
 
Back
Top
Log in Register